Media dari Korea Selatan melaporkan hotel yang diduduki oleh pemain kelab Pohang Steelers diganggu bunga api menjelang aksi peringkat kumpulan saingan AFC Champions League (ECL) Elite menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini.

Korea Football News menerusi laman X memuat naik gambar bunga api yang dibakar di sekitar hotel yang menjadi tempat menginap bagi pemain Pohang.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemain Pohang Steelers ‘Diganggu’ Sampai Subuh

“Sekitar jam 11 malam, sebuah trak pikap berlegar di sekitar hotel tempat penginapan pasukan Pohang, dan mercun mula meletup ke semua arah. Api berwarna-warni meletus ke langit dengan laungan kuat.

“Ia tidak berhenti di sini. Api dan asap naik dari jalan bertentangan di hadapan hotel. Ia biasanya dilakukan dalam suasana pesta di taman hiburan. Tetapi kejadian ini adalah serangan yang sukar dipercayai bahawa ia berlaku di hadapan asrama pasukan lawan sebelum perlawanan ACL Elite,”

“Bunga api berterusan sehingga jam 3 pagi. Pegawai seperti pengarah kelab, Park Tae-ha dan Lee Jong-ha dari Pohang tidak mempunyai pilihan selain keluar dari hotel dan melihat keadaan yang tidak masuk akal. Kerana polis, hotel, dan AFC tidak mengambil sebarang tindakan,” tulis media Korea.

Pohang Steelers
Pohang Steelers
Pohang Steelers
Pohang Steelers

Media tersebut turut melaporkan tamu lain yang tiada kena mengena dengan bola sepak dan juga kejiranan setempat turut membuat aduan kerana bunyi bising yang menyebabkan mereka tidak boleh tidur.

Pohang Steelers Sudah Buat Laporan Ke AFC

Menurut salah seorang wakil kelab, Pohang menghantar video dan gambar kepada AFC, tetapi tidak menerima sebarang balasan setakat ini. Wakil tersebut juga mengenal pasti plat kenderaan yang digunakan, tetapi AFC belum memberikan sebarang balasan.

Menurut media tersebut, ini kali pertama Pohang berdepan dengan situasi seperti ini ketika bertandang ke tempat lawan untuk menjalani perlawanan di peringkat Asia.