Kelab dari Liga Korea, Pohang Steelers menjadi mangsa belasahan ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi ACL Elite di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) baru-baru ini.
Skuad kendalian Hector Bidoglio memenangi perlawanan dengan keputusan 5-2 sekaligus mengesahkan kemaraan ke peringkat seterusnya.
Baca Juga:
- ACL Elite 2024/25: Belasah Pohang Steelers 5-2, JDT Sahkan Kemaraan Ke Pusingan 16
- Media Korea Lapor Pemain Pohang Steelers ‘Diganggu’ Jelang Aksi Menentang JDT
- JDT Dapatkan Khidmat 3 Pemain Sepanyol Hadapi ACL Elite
Pengendali Pohang Sukar Terima Kekalahan Di ACL Elite
Kekalahan ini nyata sukar diterima oleh pengendali Pohang iaitu Park Tae-ha dimana beliau menganggap rehat pemain yang diganggu menjadi punca pasukannya tewas.
“Kami mempersiapkan pasukan kami dengan penuh tekun dan disiplin. Semua pemain berada dalam keadaan mental yang sangat fokus untuk menghadapi cabaran besar. Namun, gangguan terhadap tumpuan mereka,” katanya.
Sebelum ini, media dari Korea Selatan melaporkan hotel yang diduduki oleh pemain kelab Pohang Steelers diganggu bunga api menjelang aksi peringkat kumpulan saingan ACL Elite.

“Sekitar jam 11 malam, sebuah trak pikap berlegar di sekitar hotel tempat penginapan pasukan Pohang, dan mercun mula meletup ke semua arah. Api berwarna-warni meletus ke langit dengan laungan kuat.
“Ia tidak berhenti di sini. Api dan asap naik dari jalan bertentangan di hadapan hotel. Ia biasanya dilakukan dalam suasana pesta di taman hiburan. Tetapi kejadian ini adalah serangan yang sukar dipercayai bahawa ia berlaku di hadapan asrama pasukan lawan sebelum perlawanan ACL Elite.

“Bunga api berterusan sehingga jam 3 pagi. Pegawai seperti pengarah kelab, Park Tae-ha dan Lee Jong-ha dari Pohang tidak mempunyai pilihan selain keluar dari hotel dan melihat keadaan yang tidak masuk akal. Kerana polis, hotel, dan AFC tidak mengambil sebarang tindakan,” tulis media Korea.
Media tersebut turut melaporkan tamu lain yang tiada kena mengena dengan bola sepak dan juga kejiranan setempat turut membuat aduan kerana bunyi bising yang menyebabkan mereka tidak boleh tidur.
Menurut salah seorang wakil kelab, Pohang menghantar video dan gambar kepada AFC, tetapi tidak menerima sebarang balasan setakat ini. Wakil tersebut juga mengenal pasti plat kenderaan yang digunakan, tetapi AFC belum memberikan sebarang balasan.
Menurut media tersebut, ini kali pertama Pohang berdepan dengan situasi seperti ini ketika bertandang ke tempat lawan untuk menjalani perlawanan di peringkat Asia.