AFC Champions League Two (ACL2) 2024-2025: Selangor FC vs Muangthong United [28 November 2024, 8:00 malam]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan peringkat kelab kelas kedua bola sepak asia melibatkan wakil negara iaitu Selangor (SFC).

Selangor (Malaysia) vs Muangthong United (Thailand)
Sepak mula: 8:00 mlm
Tempat: Stadium MBPJ
Link Siaran Langsung: Astro Arena, Youtube AFC Hub (Access VPN), BG Sports YouTube (Access VPN)

Astro Arena satu-satunya stesen TV tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan AFC namun anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming.

Ini merupakan aksi pertamaย  Selangor dibawah kendalian jurulatih baharu dari Jepun, Katsuhito Kinoshi. Mereka wajib menang untuk menempah tiket ke peringkat kalah mati.

Gandingan Harith Haiqal dan Umar Eshmurodov (Uzbekistan) dijangka menjadi pilihan untuk mengisi posisi pertahanan tengah sambil dibantu oleh pemain import Jordan, Abualnadi.

Nooa Laine dan pemain import dari Croatia, Nikola Jambor dijangka mengemudi di bahagian tengah.

Di bahagian serangan, Ronnie Fernandez (Chile) dan penyerang skuad kebangsaan Jordan, Ali Olwan dilihat jadi pilihan untuk merobek gawang lawan.

Kali terakhir Selangor beraksi di pentas Asia ialah ketika musim 2016 dimana mereka berada dalam saingan Piala AFC namun terkandas di peringkat Kumpulan E selepas hanya menamatkan saingan di tempat ketiga daripada empat pasukan.