Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal buka tirai saingan AFC Champions League Elite (ACLE) berdepan kelab China, Shanghai Port FC malam ini.
Peraturan baharu mengenai pemansuhan kuota pemain import membenarkan JDT membawa masuk beberapa muka baharu sepertiĀ Jorge Obregon, Enzo Lombardo, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov, Park Jun-heong dan penjaga gol, Andoni Zubiaurre.
Baca Juga:
- Peledak Berbisa Dari Colombia Sah Sertai JDT
- KDN FC ‘Pinjam’ Stadium JDT Sebagai Lokasi Tuan Rumah
- Senarai Lengkap 24 Kelab AFC Champions League Elite 2024-2025
Pengendali pasukan, Hector Bidoglio mengakui tugas sukar sedang menanti anak buahnya namun sedia lakukan kejutan berdepan juara Liga Super China itu.
“Saingan ACLE berbeza dengan kancah liga tempatan kerana intensiti permainan lebih laju serta lebih berdinamik malah transisi bola juga akan pantas, oleh itu setiap pemain JDT harus bersedia untuk berdepan situasi berbeza nanti.
“Apapun saya optimis kami berada di landasan yang tepat terutama dari aspek persiapan untuk mengharungi saingan elit Asia itu malah kami terus bekerja keras bagi membuat persiapan yang lebih jitu untuk aksi pertama ACLE.
“Saingan ACLE penting buat kami dan kami berada di dalam `mood’ terbaik bagi berdepan kelab dari China walaupun kita tahu aksi nanti lebih kepada corak permainan fizikal oleh pasukan lawan tapi kami harus bersedia,” katanya dipetik dalam Berita Harian.
The stage is set šPudong Football Stadium
Tonight, 8.00pm ā #JDTForAll #SHPvJDT#TheTMJEffect #WhatCanYouDo #LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/Nzo8gs3m6E
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 18, 2024
Shanghai Port FC turut memiliki pemain berprofil tinggi iaitu bekas pemain kelab Chelsea, Oscar selain kelibat Tyias Browning yang pernah beraksi untuk Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton.
ACLE kali ini melibatkan 24 kelab elit di Asia yang menawarkan wang hadiah lumayan sebanyak AS$10,000,000 (RM47.08 juta) untuk juara manakala naib juara turut membawa pulang AS$4,000,000 (RM18.83 juta).
Pasukan yang mara ke peringkat 16 pasukan terakhir bakal mendapat tambahan wang tunai sebanyak USD200 Ribu. Sekiranya mara ke peringkat suku akhir, kelab bakal mendapat tambahan hadiah sebanyak USD400 Ribu.
Kelab yang mara ke peringkat separuh akhir bakal mendapat tambahan hadiah sebanyak USD600 Ribu dan pasukan juara AFC Champions League Elite secara keseluruhan bakal mendapat hadiah sebanyak USD12 Juta. Pasukan naib juara pula bakal membawa pulang USD6 Juta.