Wakil negara, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kemenangan kedua apabila menewaskan juara Liga Korea musim ini, Ulsan HD 3-0 pada perlawanan keempat AFC Champions League Elite (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
Skuad kendalian Hector Bidoglio itu tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jaringan pembukaan apabila pemain bintang mereka, Arif Aiman berjaya menewaskan penjaga gol skuad kebangsaan Korea, Jo-Hyeon Woo pada minit ke-8.
Baca Juga:
- Kehebatan Arif Aiman Jadi Bualan Pemerhati Bola Sepak Antarabangsa
- Kim Pan Gon Ramal Arif Aiman Bakal Jadi Pemain Terbaik Asia
- Natxo Insa Kritik Pengadil & Pemain Gwangju FC Kerap Hentikan Permainan
Ini adalah jaringan keempat Arif Aiman dalam saingan ACLE sekaligus membuktikan kualiti sebenar beliau di pentas Asia.
Arif Aiman.
Ini ciapannya (That's the tweet)#ACLE pic.twitter.com/dui6XDHLOP
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 5, 2024
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama namun babak kedua menyaksikan JDT bangkit dengan lebih garang dan tidak memberi ruang kepada skuad kendalian Kim Pan Gon melancarkan serangan.
Pada minit ke 67, giliran Oscar Aribas mencatat nama sebagai penjaring apabila rembatan jarak jauh beliau berjaya menemui sasaran sekaligus menghadiahkan gol kedua JDT.
Oscar Arribas dengan jaringan jarak jauh hasil defleksi pertahanan lawan!
Asakan bertubi-tubi Johor Darul Ta'zim membuahkan hasil, Harimau Selatan kini selesa dua gol dihadapan.#ACLE pic.twitter.com/fTs7AHcCC0
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 5, 2024
Kemasukan Bergson Da Silva dan Heberty menambah masalah kepada benteng pertahanan Ulsan HD yang terpaksa bekerja keras mengekang kemaraan dua penyerang itu.
Bergson menceriakan ribuan penyokong yang hadir di Stadium Sultan Ibrahim apabila rembatan leretnya menghasilkan gol ketiga JDT pada minit ke 88.
Ini juga adalah jaringan pertama beliau dalam saingan ACLE
Cantik!
Jaringan PERTAMA Bergson saingan ACLE musim ini memastikan kemenangan buat Johor Darul Ta'zim di pentas tertinggi Asia!#ACLE pic.twitter.com/3k3ywQXOwu
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 5, 2024
Keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan JDT kembali berada dalam kedudukan tiga teratas dalam carta liga Zon Asia Timur.
Berdasarkan format itu, lapan pasukan teratas setiap liga akan mara ke pusingan 16 terbaik yang dijadualkan pada Mac 2025.