• ACS EDU Tour Musim Ketiga berakhir dengan aksi ‘Grand Finals’ yang penuh kemeriahan selama dua hari di The Boulevard, Berjaya Times Square dimana menampilkan bakat Esports terbaik Malaysia.

Enam belas pasukan elit bertanding sengit untuk merebut kejuaraan peringkat kebangsaan yang nyata memukau penonton sepanjang acara tersebut.

Pada hari terakhir, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan turut berkesempatan meluangkan masa dalam melawat gerai-gerai, berinteraksi dengan peserta dan menyampaikan hadiah kepada tiga pemenang teratas sekali gus menjadikan hari tersebut lebih bersejarah.

Baca Juga:

Ucapan beliau juga cukup memberi inspirasi tentang masa depan cerah esports di Malaysia.

Acara hebat ini berjaya direalisasikan dengan sokongan rakan kongsi seperti Unifi Mobile (Penyampai Rasmi), ZTE | nubia Malaysia (Telefon Pintar Rasmi), dan Safi selaku Penjagaan Diri Rasmi.

Kejohanan ini juga menyaksikan penglibatan rakan kongsi yang menyokong sepanjang kejohanan termasuk Malaysia Esports Federation (MESF), Esports Integrated, dan Kementerian Belia dan Sukan; rakan penyiaran Akhir Negeri, Asia Pacific University (APU); stesen radio rasmi, HotFM; serta lokasi rasmi kami, Berjaya Times Square, dan rakan sokongan lain seperti F&N Malaysia dan Midea Scott & English Electronics.

Kemuncak pertandingan menyaksikan Vampire Songlap dari Perlis muncul sebagai Juara Kebangsaan, membawa pulang hadiah utama RM20,000.

Gamesmy Esport dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan PTSB Esport dari Kedah menduduki tempat kedua dan ketiga, masing-masing memenangi RM15,000 dan RM12,000.

Kemeriahan acara ini disertai dengan sorakan peminat yang penuh semangat, mewujudkan suasana yang luar biasa.

Musim 3 ini menetapkan piawaian baru untuk esports di Malaysia, memberi petanda akan ada perkara yang lebih hebat pada masa depan.

Tambahan lagi, CRIT Esports Malaysia menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records kerana menganjurkan Kejohanan Esports Universiti Terbesar, melibatkan 109 universiti seluruh negara—melebihi sasaran awal 100 aktiviti.

YB Hannah Yeoh turut menyaksikan penyerahan sijil ini kepada pengasas CRIT Esports, Mr. Randy Lim dan Mr. Joshua Lew di atas pentas, menandakan pencapaian bersejarah dan unik untuk pasukan dan komuniti esports Malaysia.

ACS EDU TOUR
Dari kiri ke kanan – Encik Edwin Yeoh, Wakil dari Malaysia Book of Records, YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan, Encik Randy Lim dan Encik Joshua Lew, Pengasas CRIT Esports.

 

Aktiviti Gerai dan Aktivasi Meningkatkan Kejohanan Akhir ACS EDU Tour

Seluruh ACS EDU Tour menjadi lebih bermakna dengan inisiatif dan sokongan rakan kongsi, dari peringkat Kelayakan Universiti hinggalah ke Kelayakan Negeri di seluruh Malaysia.

Unifi Mobile menjadi rakan kongsi utama dengan memberi sokongan kepada lebih 6000 pemain melalui pek UNI5G WOW Prepaid, memberikan pengalaman permainan 5G yang hebat kepada komuniti permainan di mana sahaja.

Bersama Unifi Mobile, Unifi TV turut membantu mengakses kejohanan ini kepada khalayak yang lebih luas dengan menyiarkan Kejohanan Akhir selama dua hari di saluran sukan baru mereka, Unifi esports (Saluran 702).

ZTE | nubia juga memainkan peranan penting dalam tour ini dengan melancarkan kempen anti-buli “Scream For Charity” yang melibatkan mesin jeritan di setiap venue universiti, mengumpul sumbangan untuk NGO tempatan, Monsters Among Us (MAU), yang memerangi keganasan sistemik terhadap kanak-kanak.

Aktiviti di Berjaya Times Square turut dipenuhi dengan persembahan memukau, termasuk vokal yang mengharukan oleh bakat CRIT, Muna Shahirah, serta flash mob berenergi tinggi dari Art Berat Sesh (ABS) dan rutin dinamik dari Team Malaysia Cheerleading.

Sebagai tambahan, pertandingan 8v8 Team Deathmatch dengan para ‘KOLs’ dan perlawanan ‘PUBG Mobile all-hijabi girls’ menambah kemeriahan, menonjolkan keterlibatan wanita dalam esports.

Untuk memeriahkan lagi acara, pengunjung berpeluang memenangi hadiah menarik, termasuk motosikal Yamaha PG-1 2024 dan lawatan ke Kejohanan Global PUBG Mobile di London.

Menjelang Musim Hadapan

Dengan berakhirnya musim ini, CRIT Esports Malaysia sedang merancang masa depan yang lebih mendebarkan dengan permainan baru, pendekatan segar, dan ganjaran menarik untuk pemain dari semua latar belakang.