Benua Nusantara memiliki pelbagai jenis makanan yang unik sehingga orang luar negara berasa kagum melihat dan merasainya sendiri.
Baru-baru ini satu keluarga mat saleh terpinga apabila melihat hidangan ketupat buat pertama kali semasa menghadiri satu majlis jamuan Hari Raya.
Baca Juga:
- ‘Saya Tak Suka Bersembang Dalam Teksi, Tapi Pemandu Teksi Di Malaysia Lain’ – Wanita Mat Saleh
- Bukan Makanan Barat, TikToker Mat Saleh Dedah ‘Chicken Chop’ Adalah Ciptaan Malaysia
- Dua Mat Saleh Ini Sanggup Terbang Ke Malaysia Demi Menyambut Ramadan
Menerusi hantaran video TikTok @yunileisureuk, seorang wanita mat saleh tercengang dan tertanya apakah yang ada di dalam anyaman daun palas yang dihidangkan kepada tetamu.
“Ada apa dalam magic ini?” tanya wanita tersebut.
@yunileisureuk Ketika ketupat dianggap MAGIC 😅#fypシ #pageforyou #icipicipinternasional #yunileisure#ketupat#bulemakan #foodtiktok #mukbang #foodie #makananindonesia #lebaran
Setelah diberitahu isi di dalamnya, seorang kanak-kanak berjubah putih datang membantu untuk membuka ketupat itu dengan ‘memanaskannya’ terlebih dahulu.
Kemudian budak lelaki itu membuka anyaman daun palas satu persatu — sehingga wanita mat saleh itu menyatakan dia seperti sedang menyelesaikan jigsaw puzzle.
“Makin dibuka, makin menarik. Awak boleh potong di bahagian tengah ketupat dengan pisau lebih mudah,” kata wanita mat saleh itu kepada salah seorang budak lelaki yang nampak menghadapi kesukaran.
Komen-komen yang ditinggalkan netizen turut menyatakan lebih mudah membuka ketupat dengan ‘membelah’ daripada membuka anyaman daun palas.
Sementara itu, budak berjubah putih memberitahu seorang ‘atuk’ di mana dia juga boleh membuka ketupat dengan menggunakan gunting.