Peminat drama Korea pasti tidak terlepas untuk menonton drama Hi Bye, Mama yang menyentuh emosi ramai orang. Malah, selepas seminggu tiada episod baru drama tersebut, pada hujung minggu yang lalu drama Hi Bye, Mama tampil dengan episod baru pasti buat penonton berasa teruja.

Terbaharu, #HiByeMama trending di Twitter dan buat anda yang tidak pernah menonton drama tersebut pasti tertanya-tanya apa yang menarik sangat drama tersebut sehingga trending. Malah, drama Hi Bye, Mama ini merupakan top 4 di Netflix saat ini.

Untuk pengetahuan anda, drama tersebut mengisahkan tentang Cha Yu-ri (Kim Tae-hee), seorang ibu yang meninggal dunia dalam kemalangan tragis lima tahun lalu dan diberi peluang untuk kembali kepada suami dan anaknya sebagai manusia selama 49 hari.

Peluang tersebut diberikan kepada Cha Yu-ri kerana tidak  tenang meninggalkan dunia sebelum boleh memeluk anaknya sendiri walaupun sudah 5 tahun menjadi hantu. Apabila Cha Yu-ri kembali menjadi manusia mencetuskan pelbagai reaksi daripada semua orang.

Anda kena tonton sendiri untuk ketahui cerita drama Hi Bye, Mama yang menyedihkan ini. Menariknya, dalam episod terbaharu yang ditayangkan berjaya membuat penonton beremosi dan inginkan Cha Yu-ri bahagia bersama keluarganya tetapi di satu sisi kesian dengan isteri baru suaminya iaitu Oh Min Jeong.

Malah, para netizen turut mengatakan tidak ingin saat-saat gembira bertukar menjadi sedih terutama sekali selepas sneak preview episod akan datang menunjukkan Cha Yu-ri meluangkan masa bersama-sama suami dan anaknya serta kelihatan sangat gembira.

https://twitter.com/iukdramas/status/1249353502536552449

https://twitter.com/yakobsdaughter/status/1249519574149525504

https://twitter.com/kdramaking_/status/1249519946679238657

https://twitter.com/ballondina/status/1249374469732302849

Akan tetapi, pandangan mata suaminya iaitu Jo Kang-hwa terlihat kesedihan dimana dia sudah tahu bahawa Cha Yu-ri akan meninggal dunia sekali lagi. Berikutan itu, para netizen mengatakan bahawa mereka menangis melihat episod semalam kerana keluarga hantu yang mementingkan diri bertindak membantu Cha Yu-ri dan menyebabkan mereka dihantar ke ‘atas’.

Mungkin disebabkan drama ini sudah hampir ke penghujungnya, maka lebih banyak emosi disuntikkan dalam drama ini. Bagi anda yang menonton drama ini, adakah anda ingin Cha Yu-ri kembali jadi manusia dan bahagia bersama suami dan anaknya atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan!

https://twitter.com/punyatari/status/1249343063710810112

https://twitter.com/1ullabyy/status/1249344492689338368

Sementara itu, jika anda tidak tahu ingin tonton apa di Netflix, anda boleh pertimbangkan untuk tonton The Platform. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Ulasan The Platform, Filem ‘Mind Blown’ Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Tiada Musim Kedua, Siri Netflix Messiah Yang Penuh Kontroversi Sah Dibatalkan

Najib Razak Dan Isteri Bakal Muncul Dalam Siri Dokumentari ‘Dirty Money’ Di Netflix?