Menjadi satu praktis biasa buat syarikat-syarikat terkemuka untuk mempunyai perlindungan interlek terhadap penggunaan logo dan jenama mereka. Tetapi tindakan Apple pada kali ini dilihat agak keterlaluan bagi orang ramai.

Terkini, Apple dilaporkan telah menyambung kes mahkamah berkaitan hak milik logo tersebut menentang sebuah persatuan pertanian yang dikenali sebagai Fruit Union Suisse dari Switzerland.

Baca Juga:

Sumber Gambar: swissfruit.ch

Fruit Union Suisse merupakan sebuah persatuan di Switzerland yang dilihat membantu para petani buah-buahan di negara tersebut untuk mempromosi hasil tanaman mereka. Difahamkan perbalahan kedua-dua syarikat sudah berlarutan sehingga enam tahun.

Sejak tahun 2017, Apple telah mula memfailkan tanda dagang, hak milik dan hak penggunaan logo epal mereka secara eksklusif. Bahkan, mereka telah cuba untuk menghalang Fruit Union Suisse daripada menggunakan logo epal berwarna merah dengan palang berwarna putih mereka.

Alasan Apple ialah kerana logo Fruit Union Suisse ini apabila digunakan dalam aplikasi lain seperti warna hitam dan putih boleh menyebabkan salah faham kerana mungkin boleh dilihat mempunyai reka bentuk yang sama.

Secara teknikalnya, Apple sudahpun diberikan kelulusan separa untuk hak milik penggunaan logo mereka pada penghujung 2022. Tetapi merasakan bahawa ia tidak mencukupi, Apple dilihat mahu mempunyai hak milik sepenuhnya.

Oleh itu, Apple cuba menghalang penggunaan logo berbentuk epal daripada sebarang organisasi di luar sana. Tindakan ini sudah pasti menimbulkan rasa kurang senang yang mana logo buah epal itu sepatutnya universal dan boleh digunakan oleh orang lain selagi tidak menyerupai 100%.

Fruit Union Suisse telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa Apple nampaknya mahu mendapatkan hak milik kepada semua logo berbentuk buah epal, bukan sahaja yang khusus dimiliki Apple.