Sebut mengenai penjimatan bahan api atau petrol, pastinya setiap individu mahukannya dalam usaha mengurangkan kos perbelanjaan. Dalam pada itu, di sebalik keghairahan untuk menjimatkan penggunaan bahan api, terdapat segelintir individu yang memilih cara yang ekstrem dan bahaya dalam mengaplikasikannya.

Terbaharu, tular sebuah perkongsian menerusi TikTok @haripahpah di mana beliau menunjukkan cara untuk ‘menjimatkan’ penggunaan petrol dengan menitik cecair yang dijual beliau ke dalam nozel sebelum mengisi petrol pada keretanya.

Baca Juga:

@haripahpah

♬ original sound – Haripah – Haripah

Tindakan yang dilakukan bukan sahaja menyalahi undang-undang serta mengundang bahaya, malah turut mendapat perhatian netizen yang masih hairan kaedah seperti ini masih lagi diaplikasikan sehingga kini.

Sumber: Tiktok @haripahpah
Sumber: Tiktok @haripahpah

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menolak tindakan ‘usaha’ lelaki ini untuk menjimatkan penggunaan bahan api. Selain itu, terdapat netizen yang memaklumkan stesen minyak berkenaan berpeluang memfailkan saman terhadap tindakan yang dilakukan.

Untuk pengetahuan, menggunakan bahan asing untuk ‘menjimatkan’ penggunaan minyak bukanlah perkara yang baru, malah sebelum ini pernah tular penggunaan kad jimat minyak yang turut menjadi ikutan segelintir individu.