Produk timbang kilo seperti kopi kurus boleh didapati dengan mudah di pasaran tempatan. Ramai memikirkan ia sebagai satu jalan pintas untuk mendapatkan hasil yang diimpikan selama ini.

Walaupun ada individu yang berdegil, tetapa ramai juga mengetahui akibatnya di kemudian hari jika diamalkan tanpa pengawasan pakar kesihatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang dietitian yang dikenali sebagai @JazeeraJulaili ini apabila dia bersemuka dengan seorang pesakit yang perlu dialisis ketika umur baru sahaja menjejak 30-an.

Jelasnya, pesakit itu sudah mengambil produk pelangsingan dalam bentuk kopi sejak tahun 2022 lagi, tidak dinafikan, berat badannya menurut dalam 10kg-20kg dan ia menyebabkan peminum rasa teruja dan abaikan risikonya.

Dengan sikap sebegitu, pada tahun ini, pesakit itu rasa lemah dan ingin membuat pemeriksaan, beliau mendapati bahawa bacaan tahap penapisan buah pinggang pesakit itu sudah semakin rendah. Namun dia masih memandang remeh akan hal itu.

Menurut Jazeera, dia peka bahawa ramai rakyat Malaysia sudah ambil cakna berkenaan dengan risiko ini. Namun begitu Jazeera menggesa kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan untuk sentiasa ‘bersabar’ seandainya sedang berusaha dengan cara senaman.

Dalam pada itu, Jazeera turut menegaskan kepada mana-mana pengasas produk untuk tidak claim yang produk mereka ada pengesahan KKM. Malah, dia juga meminta agar orang ramai fikir segala kemungkinan yang berlaku atas apa tindakan yang mereka lakukan.

Menjengah ke ruangan komen ramai netizen yang menyokong dengan kenyataan Jazeera ini kerana tindakan peniaga produk ini hanya ingin melariskan jualan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi oleh pengguna.

Sumber Gambar: X @JazeeraJulaili
Sumber Gambar: X @JazeeraJulaili

Malah, ada juga netizen yang melontarkan pandangan ketidakwajaran mengambil produk timbang kilo yang ratanya-rata mengandungi kuantiti gula yang tinggi walhal untuk tampil kurus hanya perlu menjaga diet pemakanan dan mengamalkan senaman secara konsisten.