Usahawan dan pempengaruh, Kieda Crepe telah membidas pihak yang menurutnya sengaja cuba memberikan kritikan ke atas produknya demi untuk menjatuhkan perniagaannya.
Kieda Crepe sebelum ini menerima markah yang rendah daripada seorang pempengaruh bernama Jason. Namun dia terbuka menerima markah tersebut.
kau tak rasa kene bodoh ke ngn kieda ni?? jual "Durian" crepe tapi masak ngn custard?? durian yang x de rasa durian?? pft..
baik jual custard crepe.. daripada menipu orang camni… terpaling melayu berniaga.. tapi x jujur and mahal… pic.twitter.com/Y4a4if7wWD
— Papa Bear (@mirulsapek) September 24, 2024
Tetapi Kieda rasa kecewa apabila ada semakin ramai cuba memberikan komen negatif ke atas produknya.
Dipetik dari sumber Beautifulnara, dia menyatakan tujuan mereka ini adalah untuk mengejar FYP. Kieda Crepe menulis: “Demi #fyp sanggup rosakkan perniagaan orang kita sendiri sedangkan kebanyakkan semua orang berniaga juga.”
@kiedacrepepenang Demi #fyp sanggup rosakkan bisnes orang kita sendiri sedangkan mostly semua orang berniaga jugaš«°š» #kiedacrepetourš #kiedacrepe @AMY KIEDA MERCHANDISE @KiedaCrepeHouse
⬠DJ TRAP DEK BANSAIK Bass Panjang Horeg Glerrr – RENDI REVOLUTION
Kieda kemudian membalas komen netizen yang menjelaskan bahawa produk durian crepe yang dia buat sebenarnya menggunakan lebih banyak custard daripada durian.
Farrah berkata: “Durian crepe tu memang la banyak inti, tetapi itulah, rasa custard lebih daripada durian. Kita nak rasa durian lebih, bukannya rasa custard.”
Kieda kemudian mencabar pelanggan tersebut untuk mencari sahaja crepe dengan rasa durian sebenar.
Dia membalas: “Cari laa crepe yang orang jual durian ori. Apa susah.”
Ramai menganggap komen Kieda itu agak kurang profesional. Kerana menurut mereka, dia boleh membalas komen tersebut dengan lebih baik. Lagipun yang komen itu juga adalah pelanggan Kieda Crepe.