Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah baru-baru ini telah berkunjung ke Sabah sempena Kembara Kenali Borneo.

Kehadiran dua figura terpenting negara ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai khususnya penduduk Sabah hadir ke program untuk melihat Agong serta Permaisuri dengan lebih dekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tampak ceria dan gembira sepanjang kembara berlangsung, ucapan terbaru Yang di-Pertuan Agong ketika Majlis Santapan Malam Kerajaan Negeri Sabah yang mencuit hati berjaya mendapat perhatian ramai termasuk para netizen.

Antara kisah yang mendapat perhatian ramai serta tidak dapat dilupakan apabila Al-Sultan Abdullah berkongsi mengenai sambutan hangat yang diterimanya oleh para penduduk termasuk mereka yang memanggil baginda dengan pelbagai gelaran seperti ‘pak cik Agong’, ‘abang Agong’ dan juga ‘gong gong gong’.

Bukan itu sahaja, baginda turut bertitah terdapat penduduk yang memanggil Tunku Azizah sebagai ‘Datin Permasuri’. Tambah baginda lagi, Tunku Azizah turut memaklumkan telah mendapat pujian oleh orang ramai berikutan kecantikannya.

Titah Seri Paduka ini telah disambut dengan gelak tawa para hadiran dalam majlis tersebut yang gembira dengan gaya mesra Yang di-Pertuan Agong bersama Permaisuri.

Selain daripada jenaka yang dikongsikan, Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh pelbagai perkara seperti jambatan ‘pecah dua’, pembangunan Lebuhraya Pan Borneo serta hasrat baginda untuk mengenali dengan lebih rapat lagi rakyat di Sabah dan Sarawak terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.