Khabar angin bertiup kencang mengatakan aktor Pierce Brosnan berkemungkinan besar akan melakonkan watak Cable untuk filem Deadpool 2 nanti. Spekulasi ini timbul apabila Ryan Reynolds memuat naik gambar beliau duduk bersama Brosnan dan Wolverine (Hugh Jackman).
Peminat ramai yang tidak sabar menantikan siapa yang bakal digandingkan dengan Ryan Reynolds untuk sekuel Deadpool nanti. Deadpool sudah pun membuat teaser yang Cable akan beraksi bersama beliau untuk Deadpool 2 nanti.
Pilihan peminat untuk watak Cable ini adalah Stephen Lang atau Ron Pearlman yang kedua-dua mereka mempunyai kriteria penting untuk menjadi Cable; berambut putih. Tetapi Brosnan yang berlakon sebagai James Bond untuk 4 filem sebelum ini juga layak untuk diberi peluang sebagai Cable.
Kenapa saya kata begitu? Kerana di usia 63 tahun, Brosnan masih fit untuk watak Cable. Dengan pengalaman beliau sebagai James Bond, saya boleh jangkakan lebih banyak lawak berkenaan James Bond akan muncul dari mulut Deadpool nanti.
Buat masa ini semua ini masih lagi rahsia. Tetapi kalau dah lepak sekali dengan Wolverine dan Deadpool, kemungkinan itu ada. Anda lihat gambar fan made Brosnan sebagai Deadpool. Gila hebat. Saya undi Brosnan sebagai Deadpool. Anda?