Artis terkenal, Adam Corrie atau Adam Corrie Lee Abdullah mendedahkan bahawa dia sekeluarga sudah lama terpisah dengan seorang lagi ahli keluarga mereka.
Adam Corrie sebelum ini tidak banyak berkongsi tentang kisah keluarganya kepada umum. Namun pada raya kali ini, dia akhirnya mendedahkan tentang seorang lagi adiknya yang masih ‘hilang’.
Menurut Adam Corrie, adiknya itu terputus hubungan sejak 50 tahun lalu selepas keluarga angkat adiknya nekad memutuskan hubungan dengan keluarganya.
Beliau baru baru ini bersyukur kerana salah seorang adiknya sudah dijumpai. Pada masa yang sama masih rasa terkilan kerana masih belum bertemu dengan seorang lagi adiknya.
Kali terakhir adiknya itu berjumpa dengan meereka adalah pada tahun 1974.
Dipetik daripada mStar pelakon yang terkenal dengan babak lasak itu berkata: “Saya ada dua adik yang hilang. Satu telah pun dijumpai manakala yang seorang lagi memang sudah putus hubungan. Keluarga belah sana beritahu sudah putus silaturrahim.
“Sehingga kini kami tidak berjumpa. Kami terpisah sejak tahun 1974 lagi.”
Raya Adam Corrie
Beliau kemudian berkongsi tentang kemeriahan Tahun Baharu Cina disambut keluarganya. Dia berkata, dia bersyukur kerana sentiasa ada kesempatan untuk pulang ke rumah keluarga mereka untuk menjenguk emaknya.
Sudah menjadi rutin Adam Corrie setiap kali Tahun Baru Cina, dia akan cuba menunaikan keperluan ibunya.
Tahun ini Adam mahu membawa ibunya makan besar bersama keluarga di luar. Di mana ianya turut disertai oleh adik dan abangnya yang juga beragama Islam.
“Cuma sejak dua, tiga tahun kebelakangan ini, mak pun semakin uzur sebab sudah mencecah usia 84 tahun.
“Jadi untuk tahun ini, saya akan bawa mak keluar untuk makan besar dan insya-Allah akan disertai adik saya yang juga beragama Islam dan abang saya,” tambah beliau lagi.