Baru-baru ini, kecoh di media sosial berkenaan seorang TikTokes berbangsa Cina yang menyatakan keinginanya untuk memeluk Islam dengan tujuan hanya mahu meraih pendapatan. Malah, TikTokers tersebut dikatakan sanggup ‘menggunakan’ pekerja berbangsa Melayu untuk menarik perhatian pengikut yang sama bangsa.

Susulan itu, pelakon dan usahawan Adam Corrie Lee terpanggil untuk mengulas mengenai isu berkenaan. Menerusi hantaran di Facebook, Adam menegaskan kepada TikTokers itu atau mana-mana pempengaruh bukan Islam untuk memperbetulkan niat dalam perniagaan.

Baca Juga:

Malah, pelakon itu turut berpesan agar tidak ada mana-mana TikTokers yang sengaja menggunakan nama Islam sebagai cara meraih keuntungan dan kepentingan peribadi semata-mata.

Bagaimanapun, Adam atau nama Islamnya Adam Corrie Lee Abdullah berkata tidak salah sekiranya TikTokers berkenaan benar-benar mahu mendalami Islam, namun perlu berhati-hati dan perbetulkan niatnya.

Dalam masa yang sama, beliau juga turut berkongsi pengalamannya ketika membantu individu yang ingin memeluk Islam. Adam mendedahkan sememangnya wujud pasangan yang memeluk Islam hanya kerana mahu berkahwin dan meraih keuntungan.