Saya dijemput oleh Tuan Eddy, pengurus villa ini untuk bercuti bersama-sama keluarga dan rakan di Adelia Hill Farm, Kalumpang.
Terletak di daerah Kerling, Ulu Selangor, perjalanan ke villa ini hanya mengambil masa 1 jam dari Kuala Lumpur.
Sebuah villa terletak di atas tanah berkeluasan 5 ekar, dan berada di puncak bukit, Adelia Hill memberi satu pengalaman berbeza.

Buka-buka sahaja daun pintu, saya dan suami berkata “Woah!” melihat pemandangan yang terbentang luas di samping rumah mewah yang dihiasi perabot dan kelengkapan yang trendy.
Tetapi saya ada sedikit rasa ‘menyesal’.
Semoga dengan perkongsian 5 sebab ini, ramai yang tidak mengulangi apa yang telah saya lakukan.
1. ‘Menyesal’ tidak jemput lebih ramai kawan dan keluarga
Villa penuh mewah ini menampilkan 4 bilik tidur, dengan 3 daripadanya dilengkapi katil bersaiz queen, dan sebuah bilik lagi dilengkapi dengan dua buah katil single.

2 daripada bilik-bilik ini dibina menghadap pemandangan bukit bukau yang terbentang luas. Bayangkan bangun-bangun sahaja tidur, anda dihidangkan dengan pemandangan yang magnificent. Memang sukar digambarkan perasaannya.

Dua bahagian ruang tamu, dan meja makan yang besar juga cukup sebagai ruang untuk bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan.
Secara idealnya, 8 orang tetamu dapat dimuatkan dalam villa ini, tetapi jangan terperanjat, ia mampu menempatkan sehingga 20 orang tetamu!

Kami pula datang berenam – 4 orang dewasa, dan 2 orang baby. Hanya gunakan dua buah bilik.. maka krik krik krik lah jawabnya.
2. ‘Menyesal’ tidak buat BBQ
Salah satu strong point villa ini adalah deck-nya yang dibina dengan pemandangan saujana mata memandang. Kalau anda lihat ke bawah pula, anda dapat lihat anak sungai mengalir dengan penuh ketenangan.

Ruangan deck yang luas, dilengkapi perabot outdoor, dan BBQ pit elektrik – semuanya serba lengkap untuk anda ber-BBQ dengan keluarga dan rakan-rakan di sini.

Surprisingly, walaupun dikelilingi hutan yang menghijau, pada malam hari, kami masih boleh bersantai di luar tanpa takut digigit nyamuk. Saya dapat bayangkan betapa meriahnya kalau dapat berkumpul bersama-sama keluarga sambil menikmati hidangan di sini. Spotlight pun cukup terang untuk anda berborak-borak di luar dengan selesa.

Adelia Hill Farm juga mempunyai dapur yang serba lengkap! Saya buka setiap pintu kabinet dapur – dan terjumpa pinggan mangkuk, periuk, kuali, cawan dan gelas dan perkakasan dapur. Peti ais dua pintu, mesin air Coway, ketuhar gelombang mikro dan ketuhar oven (ya anda boleh baking!), segala-galanya lengkap untuk anda menyediakan makanan pelengkap BBQ, di dapur ini.
3. ‘Menyesal’ tidak berlama-lama di sini
Saya seronok kerana villa ini mempunyai ladang mini. Anak kecil saya memandang penuh minat kepada ayam-ayam yang bertenggek di atas pagar, burung unta yang bebas berjalan di kawasan ladang, angsa-angsa yang cantik dan jinak.

Terkekek-kekek anak ketawa apabila diberi peluang memegang arnab yang comel.


Burung merak, burung merak albino, ayam hutan, dan ayam ‘gergasi’ adalah sebahagian daripada haiwan eksotik yang dibela di ladang ini.

Saya menyesal kerana saya tidak sempat bermesra dengan seekor rusa yang datang menyapa sebaik sahaja kami sampai ke villa ini.


Mahupun berkunjung ke air terjun yang berhampiran.
4. ‘Menyesal’ tidak bawa kaki pancing
Adelia Hill Farm juga mempunyai kolam buatan yang diisi dengan ikan-ikan. 2 buah gazebo juga dibina sebagai tempat berteduh.

Ini ditambah pula oleh anak sungai semulajadi yang mengalir di dalam kawasan Adelia Hill.
Apabila Tuan Eddy bercerita boleh memancing di kolam ini, saya terfikir, “Dang, kan ke bagus kalau bawa ayah sekali ke sini.”

Kerana ayah – pemancing ikan tegar. Kalau bercuti berhampiran laut, sungai atau kolam, pasti dia tidak akan lupa membawa joran saktinya.
5. ‘Menyesal’ datang ke sini
Boleh dikatakan villa ini mengandungi banyak feature yang saya ingini dalam sebuah rumah idaman. Pembinaan dan rekaan dalaman yang menekankan konsep indoor-outdoor living.


Meja makan kayu dengan kemasan unfinished look, diseimbangkan oleh kerusi kayu panjang dan kerusi besi berbentuk dram. Ianya kelihatan rustik dan etnik, pada masa yang sama.

Ruang tamu dengan televisyen besar, perabot Bali, yang digabungkan bersama-sama sofa moden.

Penggunaan perabot kayu yang kaya dengan unsur-unsur tradisi, digabungkan pula oleh unsur-unsur moden dan natural.
Ruang-ruang diisi dengan teliti, menjadikan villa besar ini tidak kelihatan kosong mahu pun padat.

Dapur serba lengkap.

Bau kayu kayan yang menjadi bahan binaan utama rumah ini.
In short, it’s just perfect!
Kerana itulah, saya kata saya ‘menyesal’ datang ke sini.
Kerana saya akan selalu terbayang-bayangkan keindahan dan kecantikan villa di sebalik 1001 pemandangan dan pengalaman menarik yang ditawarkan.

Kalau anda mahu rasa ‘menyesal’ seperti saya, bercutilah bersama keluarga di Adelia Hill Farm, Kalumpang segera.
Adelia Hill Farm terletak di Kampung Pasir Putih, 44100 Kerling, Selangor, Malaysia. Hubungi 019-7577239 (Eddy) untuk maklumat lanjut.
BACA: 7 Resort Dengan Kolam Renang Di Selangor Untuk Percutian Beramai-Ramai