Adik kepada bekas pemain skuad kebangsaan, Hadin Azman, Nur Khalisya yang berusia 16 tahun dilaporkan hilang sejak 26 Februari lalu.

Menurut laporan, Nur Khalisya kali terakhir dilihat memakai baju rumah sukan berwarna biru, berseluar sukan hitam dan bertudung sekolah berwarna putih di Sekolah Menengah Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Baca Juga:

Hadin memaklumkan beliau masih belum menerima perkhabaran tentang adik perempuannya itu. Ini kerana hari ini merupakan hari ke-11 kehilangan Nur Khalisya.

“Status 5 Mac 2025. Dah masuk hari kesembilan tapi kami masih tidak menerima sebarang berita keberadaan adik (Nur Khalisya).

“Kami hanya mampu menunggu dengan sabar dan cemas untuk berita daripada polis. Di bulan yang mulia ini, kami mohon doa agar adik selamat pulang dengan segera,” katanya di laman media sosia miliknya.

Orang ramai yang menemui remaja berkenaan boleh menghubungi 014-628 1974 atau membawanya ke balai polis berhampiran.