Siapa sangka, disaat pengeluar smartphone masing-masing berlumba untuk menjadi smartphone camera terhebat, kamera hadapan juga telah mula menjadi aspek penting buat pengguna dalam memilih sebuah smartphone. Dan ianya diperlukan untuk satu tujuan, swafoto.

Tidak hanya bergantung kepada kualiti kamera, peningkatan aplikasi suntingan juga turut bertambah seiring dengan penggunaan filter dan sebagainya bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini.

Antara aplikasi suntingan swafoto yang kerap menjadi pilihan pengguna Android

Bermula suntingan bagi menjadikan wajah kelihatan lebih cerah dan kelihatan flawless, kini nampaknya pengguna bakal memperoleh lebih lagi daripada itu melalui Adobe Sensei. Sebuah aplikasi khas daripada Adobe membolehkan pengguna menyunting selfie yang diambil dengan lebih mendalam lagi terus menerusi smartphone. 

Mungkin sedikit lambat untuk dibandingkan dengan beberapa aplikasi suntingan selfie yang lain, namun apa yang tersedia buat aplikasi ini mungkin bakal meletakkan standard. Jom tonton video ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Adobe Sensei.

Setakat ini, Adobe Sensei masih lagi belum dilepaskan kepada umum. Perlepasan aplikasi ini kepada umum kemungkinan bakal memperlihatkan lebih banyak lagi imej selfie yang lebih flawless bakal dimuat naik ke Instagram.

Sumber