Sebuah video TikTok yang disiarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abd Halem, telah membuahkan perbincangan mengenai pembiayaan dan pengurusan sekolah kebangsaan di Malaysia.

Dalam video itu, Noor Helmy mencadangkan agar sekolah kebangsaan mencontohi taktik perniagaan yang digunakan oleh sekolah Cina melalui kerjasama korporat telah mencetuskan perdebatan di platform media sosial seperti Twitter.

Baca Juga:

Noor Helmy mempersoalkan mengapa sekolah kebangsaan tidak menggunakan strategi serupa untuk meningkatkan kemudahan dan menjana pendapatan, selain daripada menunggu bantuan kewangan daripada kerajaan.

Dalam video TikTok tersebut, Noor Helmy menjelaskan bahawa dia menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung di dewan sekolah Cina.

@mnhelmy

mungkin ni salah satu alternatif utk bina dewan utk sekolah kebangsaan selain tunggu peruntukkan kerajaan ? #DUYONGkita #ybMatDuyong #melaka #dewansekolah #fyp #trendingvideo

♬ original sound – Mohd. Noor Helmy – Mohd. Noor Helmy

Beliau kagum dengan rupa dewa sekolah tersebut yang megah dan cantik serta difahamkan dibina hasil kerjasama diantara pihak sekolah dengan syarikat korporat.

Beliau menekankan manfaat bersama untuk kedua-dua sekolah dan entiti korporat terbabit.

Syarikat korporat, sebagai balasan menyumbang kepada pembinaan dewan, mendapat akses kepada kemudahan untuk acara mereka sendiri dan mendapat balik pelaburan mereka dengan menyewa ruang apabila tidak digunakan oleh pihak sekolah.

Noor Helmy membangkitkan persoalan penting tentang mengapa sekolah kebangsaan tidak meneroka inisiatif yang sama untuk menangani keperluan infrastruktur dan kekangan kewangan mereka.

Beliau menekankan pentingnya pendekatan yang lebih inovatif terhadap pembiayaan sekolah, terutamanya apabila peruntukan kerajaan tidak dapat disalurkan sepenuhnya serta permintaan yang semakin meningkat di institusi pendidikan yang lain.

Video tersebut telah mencetuskan perdebatan di platform media sosial, dengan pengguna membincangkan kemungkinan dan potensi manfaat menerima pakai kerjasama korporat di sekolah kebangsaan.

Ada yang memuji pendekatan Noor Helmy, manakala yang lain menyatakan keraguan tentang proses dan pelaksanaan inisiatif sedemikian.

Sumber