Pelakon, usahawan dan pempengaruh media sosial sensasi Aeril Zafrel bertekad terus setia dengan isterinya Wawa Zainal. Dan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menduakan isterinya itu.

Ini kerana menurut Aeril, Wawa sudah cukup cantik di matanya.

Baca Juga:

Ketika ini kecoh kisah artis dan penyondol. Namun Aeril Zafrel sentiasa berusaha untuk mengelakkan dirinya daripada terjerumus.

Selaku pelakon popular dan berwajah tampan sudah pastinya dia terdedah kepada godaan orang ketiga. Namun dia kuatkan hatinya untuk kekal setia kepada isteri dan keluarganya.

Aeril Zafrel turut ada cara tersendiri untuk mengatasi bisikan yang tidak baik dalam hidupnya dan kekal setia. Di mana dia akan ingat kepada anak anaknya, apabila bisikan tidak baik itu tiba pada dirinya.

Dipetik daripada Harian Metro, Aeril Zafrel berkata: “Saya tidak pernah ada niat untuk ada orang ketiga dalam hidup saya, tetapi kalau ada ‘bisikan’ yang tidak baik saya akan ingat pada anak-anak.

“Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tidak boleh nak jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita nak tahu kan?

“Cumanya kalau kita tidak melayan, perkara itu tidak akan terjadi.”

Aeril Zafrel turut menambah, kepercayaan adalah kunci utama dalam kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Dan sentiasa percaya kepada kifarah, agar tidak sesekali mengkhianati kepercayaan tersebut.

Lantas, dia lebih memikirkan soal masa depan dan tidak mahu merosakkan apa yang dia sedang bina dan miliki selama ini.

Aeril yakin bahawa Wawa Zainal juga sama sepertinya.

Dan dia menambah: “Jadi pada pandangan saya, jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri pun tak boleh nak kawal.”