Kereta berkuasa tinggi sememangnya menjadi idaman orang ramai. Bagaimanapun kereta tersebut tidak sesuai digunakan sebagai daily car.

Baru-baru ini salah seorang pemilik Lamborghini di Malaysia, yang juga seorang pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel telah mengambil keputusan untuk menjual model Aventador miliknya.

Baca Juga:

Aeril Zafrel memaklumkan keputusan untuk menjual Lamborghini itu menerusi hantaran IG Story. Beliau juga telah menyalurkan sebahagian hasil jualan kepada satu badan amal sebagai dana bantuan Palestin.

Pelakon itu juga berkongsi satu tangkap layar resit perbankan atas talian sumbangan yang diberikan kepada badan amal Persatuan Cinta Gaza.

Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu; Aeril menutup jumlah sumbangan yang diberikan dengan pelekat bendera Palestin.

Aeril juga mengajak orang ramai untuk turut memberi sumbangan dengan menulis ‘Jom Semua’ pada tangkap layar tersebut.

Sumber Gambar: IG Story @aeril_zafrel

Netizen memuji keprihatinan Aeril terhadap rakyat Palestin dan mendoakan kesejahteraan kepada usahawan itu.

“Masya Allah, Allahu Akbar semoga Allah membalas segala kebaikkanmu. Harta dunia tidak akan kemana-mana melainkan amal kita yang akan dibawa.”

“Subhanallah, bangga dengan anak muda Islam macam ini.”

“Alhamdulillah buat yang terbaik untuk saudara kita di Palestin.”

Untuk rekod, kereta Lamborghini berwarna kuning itu merupakan hadiah buat Aeril daripada isteri tercintanya, Wawa Zainal pada akhir bulan April 2022 lalu.