Tiap kali masuknya bulan Mac setiap tahun, bermulalah proses untuk ‘claim’ cukai pendapatan dan tempoh mengisi e-filing cukai pendapatan.
Secara amnya, jika anda mempunyai pendapatan tahunan sebanyak RM34,000 dan ke atas atau gaji bulanan RM2,833 serta ditolak ‘PCB’ dalam slip gaji, anda dikehendaki untuk ‘declare’ cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
- 55 Peratus Rakyat Malaysia Didapati Tak Mampu Simpan Duit, Bergantung Pada Gaji Bulanan Sepenuhnya
Disebabkan ada permintaan daripada pengikut Vocket, kami jemput Azrul Izzaham, individu yang sering berkongsi tentang topik cukai pendapatan sebagai tetamu VOCCAST untuk kali ini. Ada yang mungkin mengenali Azrul dengan gelaran CEO Of Cukai di TikTok.
Jika anda seorang kaki travel, besar kemungkinan anda bakal dihalang daripada keluar negara sehinggalah anda membuat pembayaran. Sekiranya anda mahu pergi umrah sekali pun sekiranya ada ‘halangan perjalanan’, anda tidak boleh ke luar negara.
Kalau nak tahu, kepada sesiapa yang belum pernah mendeklarasi atau membayarnya, atas inisiatif LHDN anda boleh membuat pengakuan sukarela dan tidak akan dikenakan sebarang penalti kepada anda. Untuk mengetahui maklumat lanjut, mari kita tonton episod VOCCAST ini!
P/S: Jika anda first timer untuk buat e-filing, episod ini memang sesuai untuk anda tonton hingga tamat.