Perkhidmatan bas rentas sempadan terkemuka, Aeroline, mengumumkan pembukaan semula laluan perhubungan antara Kuala Lumpur dan Singapura bermula 1 September 2026.

Langkah ini memperlihatkan kembali perkhidmatan bas ekspres berprestij yang menumpukan kepada tahap keselesaan, penjagaan, dan hosptaliti tinggi bagi para penumpang di kedua-dua negara.

Pengendali perkhidmatan tersebut memaklumkan bahawa ketersambungan laluan ini bertujuan menyokong pelbagai keperluan perjalanan—termasuk tujuan perniagaan, percutian hujung minggu, lawatan keluarga, mahupun perjalanan rutin harian antara dua ibu kota berkenaan.

Butiran Perkhidmatan Bas Rentas Sempadan Aeroline:

Laluan: Kuala Lumpur ⇄ Singapura (Dua Arah)

Tarikh Mula Operasi: 1 September 2026

Fokus Perkhidmatan: Keselesaan eksekutif, ruang tempat duduk selesa, dan perkhidmatan pelanggan mesra pengguna.

Tempahan tiket kini boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman web rasmi Aeroline bagi memudahkan pengguna merancang perjalanan mereka lebih awal.

Menerusi laman web rasmi, bas perantara (shuttle bus) akan mengambil penumpang di TRX dan bertolak ke IOI City Mall mengikut jadual waktu yang dinyatakan pada tiket.

Persinggahan di IOI City Mall adalah untuk pertukaran ke bas persiaran Aeroline sebelum meneruskan perjalanan ke Singapura.