Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan memperhalusi laporan yang dihantar oleh Pohang Steelers mengenai ganggung yang dialami oleh pemain di hotel sebelum aksi berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan ACL Elite.
Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John mengesahkan badan itu telah menerima laporan dari Pohang mengenai gangguan yang dialami oleh pemain dan pegawai pasukan.
Baca Juga:
- ACL Elite: Rehat Pemain Terganggu Punca Pohang Tewas
- Media Korea Lapor Pemain Pohang Steelers ‘Diganggu’ Jelang Aksi Menentang JDT
- Analisis JDT vs Pohang Steelers: Harimau Selatan Tunjukkan Aksi 5 Bintang
AFC Akan Ambil Tindakan
“Jika terdapat pelanggaran undang-undang, jawatankuasa terbabit seperti disiplin dan etika akan mengambil tindakan.


Pengendali Pohang iaitu Park Tae-ha menganggap rehat pemain yang diganggu menjadi punca pasukannya tewas kepada JDT dengan keputusan 5-2.
“Kami mempersiapkan pasukan kami dengan penuh tekun dan disiplin. Semua pemain berada dalam keadaan mental yang sangat fokus untuk menghadapi cabaran besar. Namun, gangguan terhadap tumpuan mereka,” katanya.
Sebelum ini, media dari Korea Selatan melaporkan hotel yang diduduki oleh pemain kelab Pohang Steelers diganggu bunga api menjelang aksi peringkat kumpulan saingan ACL Elite.
“Sekitar jam 11 malam, sebuah trak pikap berlegar di sekitar hotel tempat penginapan pasukan Pohang, dan mercun mula meletup ke semua arah. Api berwarna-warni meletus ke langit dengan laungan kuat.
“Ia tidak berhenti di sini. Api dan asap naik dari jalan bertentangan di hadapan hotel. Ia biasanya dilakukan dalam suasana pesta di taman hiburan. Tetapi kejadian ini adalah serangan yang sukar dipercayai bahawa ia berlaku di hadapan asrama pasukan lawan sebelum perlawanan ACL Elite.
“Bunga api berterusan sehingga jam 3 pagi. Pegawai seperti pengarah kelab, Park Tae-ha dan Lee Jong-ha dari Pohang tidak mempunyai pilihan selain keluar dari hotel dan melihat keadaan yang tidak masuk akal. Kerana polis, hotel, dan AFC tidak mengambil sebarang tindakan,” tulis media Korea.