Agama Islam kini menjadi agama yang paling pesat berkembang di Jepun sejak 2024. Ianya trend yang dianggap benar benar positif oleh warganet.

Jepun dikenali sebagai sebuah negara yang berpaksi kepada kepercayaan shinto dan buddha.

Pada era globalisasi, semakin banyak agama yang berkembang di Jepun. Ini termasuk agama Islam yang menjadi agama yang paling pesat berkembang di negara matahari terbit itu.

Oleh sebab itu, semakin mudah untuk pelancong yang beragama Islam mendapatkan produk halal di negara tersebut berbanding sedekad lalu.

Selain itu, lebih mudah juga untuk mencari tempat ibadat seperti surau dan masjid di Jepun sekarang berbanding sebelum ini.

Menurut statistik, terdapat 110 buah masjid dibina di Jepun pada ketika ini. Dengan populasi penganut beragama Islam di negara Jepun meningkat 2 kali ganda – berdasarkan laporan Globe Eye News.

Pada awal tahun 2024, terdapat kira kira 0.28% penduduk beragama Islam di Jepun. Yang bermaksud terdapat kira kira 350,000 orang di Jepun beragama Islam daripada 123 juta penduduknya.

90% daripada mereka yang beragama Islam itu merupakan dari kalangan mereka yang kacukan atau berasal daripada negara lain seperti Pakistan atau Indonesia.

Jadi, sektor pembinaan telah membantu dalam peningkatan penganut agama Islam di Jepun. Dengan kira kira 47,000 warganegara Jepun sebenar yang beragama Islam ketika ini.

Ianya peningkatan 2 kali ganda berbanding angka dari 2010 sehingga 2019.