Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus sudah memberikan keterangan kepada pihak polis di IPD Kajang semalam dan sudah mendedahkan identiti Mr. H.

Dr. Agus yang sedang hangat dengan kontroversi video viral baru baru ini menyatakan dia juga sudah mendedahkan identiti Mr. H kepada pihak polis dan pegawai penyiasat.

Artikel Berkaitan:

Namun dia tidak boleh memberikan keterangan lanjut lagi dan menyerahkan proses seterusnya kepada pihak berkuasa.

Nama Mr. H mulai menjadi sensasi selepas Agus dan pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani di mana dalam perbualan video itu berlaku interaksi yang dianggap tidak sihat.

Audio perbualan mereka agak melucah dan menggambarkan mereka sedang menjalinkan hubungan intim. Dalam sidang media beberapa hari lalu, Agus dan Wahab telah menafikan bahawa mereka melampaui batas dan melakukan perkara keji seperti itu.

Kredit gambar: BERNAMA

Dalam sidang media yang sama, Agus yakin bahawa individu bernama Mr. H dan beberapa lagi individu lain adalah dalang di sebalik penyebaran video palsu itu. Alasannya, mereka berkomplot mahu menjatuhkannya.

Ini berdasarkan informasi yang diberitahu oleh Wahab kepadanya. Kes tersebut akan disiasat oleh pihak Bukit Aman.

Agus menambah: “Wahab sudah menceritakan perkara sebenar kepada saya. Saya kenal Mr H dan beberapa individu disenaraikan tapi tidak akan dedahkan.”

“Video itu sudah disunting oleh pihak yang ingin jatuhkan saya, mana mungkin saya buat perkara seperti itu.”

“Saya anggap Wahab ini seperti anak saya sendiri malah, anak sulung saya lebih berusia daripadanya.”

“Saya akui ada buat panggilan video dan ketika panggilan itu dibuat, saya sedang bercuti. Saya sudah tidak ingat kandungan perbualan kami.”

Wahab juga mengesahkan bahawa dia telah diperdaya Mr. H untuk merakam video tersebut dan tidak tahu bahawa Mr. H akan menggunakan video itu itu menjatuhkan Dr. Agus.

Dipetik daripada Berita Harian, Datuk Dr Agus hadir ke IPD Kajang semalam untuk memberikan keterangan kepada pihak polis dan menyatakan:

“Saya sudah berjumpa dengan pegawai penyiasat dan selesai diambil keterangan. Saya juga sudah mendedahkan siapa Mr H untuk siasatan polis seterusnya.”

Ditanya tentang bagaimana pula dengan Wahab? Di mana dia masih belum membuat laporan polis lagi? Dr. Agus menegaskan dia tidak pasti tentang perkara itu kerana buat masa ini dia memberikan keterangan bagi pihaknya.