Pihak polis kini sedang melakukan siasatan ke atas satu laporan polis tentang bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang didakwa melakukan gangguan seksual ke atas Wahab.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ianya selepas polis meneriman laporan daripada penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani. Laporan polis itu dibuat di IPD Kajang.

Wahab akhirnya tampil ke balai polis pada Khamis lalu untuk membuat laporan untuk membersihkan namanya. Ini selepas dia kecewa kerana maruahnya tercemar kerana terpalit dalam kontroversi penyebaran video perbualan lucah antara dia dan Agus.

Sebelum ini Wahab dan Agus menyatakan bahawa video itu sudah disunting sehingga perbualan mereka ibarat sedang melucah dan intim antara satu sama lain.

Mereka pernah mempertahankan bahawa, mereka sering berhubung antara satu sama lain tak lebih daripada seperti seorang anak dan ayah.

Dr. Agus: “You Tanya Wahab Banyak Banyak, Peninglah Wahab”

Agus mendakwa bahawa perbuatan menyunting video itu adalah didadalangi Mr. H. Di mana Agus sudah mendedahkan identiti Mr. H kepada polis dalam laporan yang dia buat beberapa minggu lalu.

Kini giliran Wahab mahu membersihkan namanya. Menurut Tan Sri Razarudin, Wahab telah mendakwa dia sebenarnya pernah diganggu secara seksual oleh Agus ketika berada di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 21 Oktober yang lalu. Dipetik dari BH Online, Razarudin menambah: “Polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.”

Wahab juga membuat laporan itu bagi melindungi dirinya dan juga menafikan sekeras kerasnya dia terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Agus dengan memberikan video perbualan mereka kepada Mr. H yang kemudian dikatakan telah disunting audio perbualan mereka.

Untuk kes fitnah yang dilaporkan sebelum ini, perkara itu sudah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara.

Susulan daripada laporan polis oleh Wahab itu, pihak polis memanggil beberapa individu untuk direkodkan keterangan.

Wahab menyatakan dia kini hidup dalam keadaan tertekan selepas apa yang berlaku dan tidak tahu dengan status masa depannya di J-Kom selepas ini.