Selepas satu minggu lebih sidang media tergempar dilakukan pada minggu lalu, ‘kehilangan’ Abdul Wahab Abdul Kadir masih belum membuat laporan polis tentang isu video perbualannya dengan Dr. Agus menjadi tanda tanya ramai.

Menurut peguam kepada Wahab, Faisal Rahman berkata, ia adalah salah faham dan pihaknya sudah menjadualkan semula pertemuan dengan polis bagi memberi keterangan.

Baca Juga:

“Saya berikan komitmen kepada pihak polis (bahawa) dalam minggu ini beliau akan berikan keterangan.

“Beliau mengalami kemurungan melampau dan sedang mendapatkan rawatan, tarikh ditetapkan semalam (Ahad), tetapi atas faktor kesihatan, beliau tidak dapat (berbuat demikian),” katanya ketika dihubungi, hari ini, lapor Harian Metro.

Mengulas lanjut berhubung tindakan Abdul Wahab mematikan telefon bimbit, Faisal berkata, beliau yang mewakili anak guamnya sentiasa berhubung dengan pihak polis.

Semalam, media melaporkan polis masih mengesan Abdul Wahab bagi membantu siasatan berhubung kes rakaman video perbualan lucah kononnya membabitkan dirinya dan bekas Ketua Pengarah J-Kom Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini, Abdul Wahab belum tampil bagi memberikan keterangan kepada polis.

Katanya, pelbagai usaha dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi mengesan beliau.

Pada 17 November lalu, Abdul Wahab dalam satu sidang akhbar di sebuah hotel di Bangi mendedahkan tindakannya merakam perbualan berunsur lucah bersama Mohammad Agus didalangi seorang individu dikenali sebagai Mr H.

Sumber