Tular video di media sosial platform X di mana seorang peminjam Ah Long diminta menambah RM50,000 lagi setelah melangsaikan RM55,000 pinjaman beserta faedah.

Peminjam tersebut dilaporkan telah meminjam RM35,000 daripada ah long. Dan dia sudah membayar sebanyak RM55,000 secara keseluruhannya.

Namun ah long tersebut mendesaknya untuk membayar RM50,000 bunga pinjaman. Membuatkan dia meminta bantuan daripada Persatuan Hak Asasi Malaysia.

Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia turun padang dan bertemu sendiri dengan pihak ah long itu. Dia mempersoalkan: “Dia sudah pinjam sama kamu RM35,000, dapat dalam tangan.

“Dia sudah bayar sebanyak RM55,000 dan kamu minta lagi RM50,000, apa punya interest kamu minta?”

Pihak persatuan tersebut kemudian meminta dia mendedahkan nama syarikat kredit tempat dia bekerja. Namun dia tidak mahu mendedahkannya.

Dan persatuan mahu bercakap sendiri dengan bos syarikat kredit tersebut.

Akhirnya ah long tersebut menyatakan bahawa bayaran tersebut dikira sudah selesai. Dan dia menyatakan bahawa mereka tak akan ‘pau’ lagi peminjam tersebut.

Di ruangan komen rata rata netizen mengingatkan agar mereka yang mahu membuat pinjaman daripada syarikat kredit berlesen agar lebih berhati hati dan teliti dengan syarat pinjaman.

Mereka juga faham kenapa ramai yang meminjam ah long, kadangkala kerana masalah kecemasan yang tidak dapat dielak dan sukar mendapatkan pinjaman daripada bank.