Setiap individu pasti mahu mengelakkan daripada termasuk daripada perangkap pemungut hutang haram atau lebih dikenali sebagai Ah Long.

Diikuti rapat serta disimbah cat merah pada pagar rumah antara taktik yang sering kali dilakukan Ah Long dalam memberi tahu peminjam mereka dalam bahaya serta dalam pantauan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila seorang wanita menerusi Facebook Kami penduduk Semenyih tampil meluahkan kegusaran serta rasa takut apabila rumah yang disewanya menjadi mangsa Ah Long.

Sumber: Facebook Kami penduduk Semenyih

Difahamkan rumah yang disewanya itu telah disimbah cat merah. Selain itu, Ah Long tersebut turut mengunci pagar sekaligus menghalang keluarga wanita ini untuk keluar atau masuk daripada rumah.

Lebih menghairankan, beliau mengakui tidak membuat pinjaman Ah Long sebaliknya ‘amaran’ tersebut dituju kepada penyewa lama rumah sewa tersebut.

Wanita ini memaklumkan mengetahuinya selepas Ah Long tersebut turut meletak notis beserta nama dan nombor kad pengenalan peminjam.

Sumber: Facebook Kami penduduk Semenyih

Ah Long tersebut turut memaklumkan akan membakar rumah peminjam sekiranya gagal melunaskan hutangnya.

Kegusaran yang dilalui turut dikongsikan di Facebook bersama warga Semenyih manakala pintu pagarnya yang dikunci telah dimaklumkan kepada pihak bomba dan polis.

Sumber: Facebook Kami penduduk Semenyih

Perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian para netizen yang rata-ratanya mempersoalkan bagaimana Ah Long begitu mudah melalui taman yang dijaga oleh pengawal keselamatan.

Sumber: Facebook Kami penduduk Semenyih
Sumber: Facebook Kami penduduk Semenyih

Tidak kurang juga yang memaklumkan untuk wanita ini membuat laporan polis bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diingatkan untuk tidak memilih Ah Long untuk meminjam wang bagi mengelakkan sebarang masalah kelak khususnya melibatkan bayaran balik yang berganda.