Gara-gara seorang jiran tidak membayar hutang Ah Long, satu kejiranan terpaksa menanggung akibat perbuatan beliau.

Begitulah situasi yang ditanggung oleh sebuah taman perumahan yang kini tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tidak pasti dimanakah kejadian ini berlaku, namun melalui muat naik oleh @Nadiazaman___ kelihatan beberapa rumah telah menanggung akibat daripada perbuatan jiran.

Selain itu, pihak Ah Long juga bertindak memberi amaran kepada jiran-jiran tersebut untuk mengingatkan jiran mereka agar membayar hutang.

“Ni notis buat korang sebab jiran korang rumah no.*** punya hutang sama kami. Tapi tak mahu bayar, korang sebagai jirannya korang suruh rumah No. *** itu call kami dan settle kan hutang-hutangnya kalau tak korang juga ikut sama,” kata kertas amaran yang diedarkan.

Setakat laporan ini ditulis tiada apa-apa kenyataan daripada pihak berkuasa.