Baru-baru ini ahli Parlimen Langkawi, Mohd Suhaimi Abdullah mencadangkan untuk wujudkan ‘Pulau Anjing’ di satu daripada 99 pulau di kawasannya.

Memetik MalaysiaKini, tujuan mewujudkan pulau khusus itu bagi menangani isu anjing liar yang menyerang serta menggigit penduduk dan pelancong.

Baca Juga:

“Kita ambil satu pulau dan kita jadikan tempat untuk memelihara atau menjaga anjing-anjing liar ini dan dengan begitu sistematik supaya anjing-anjing ini dapat dijaga dengan sempurna,” katanya.

Tambahnya lagi, pulau itu juga boleh menjadi tarikan pelancong yang datang ke Langkawi.

Bagi kebajikan haiwan tersebut, ahli parlimen itu mencadangkan kemudahan veterinar disediakan bersama.

Cadangan tersebut diutarakan susulan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun parah selepas digigit anjing liar di Kampung Dedek, Langkawi pada 1 Mac lalu.

Memetik laporan itu lagi, beliau ada melawat kanak-kanak itu yang kini dalam keadaan stabil.

Sumber