Anggota Parti Likud di parlimen Israel Revital ‘Tally’ Gotliv menggesa tentera Zionis menggunakan “senjata kiamat” terhadap Gaza, yang dipercayai sebagai hulu peledak nuklear.
Dalam ciapan yang ditulisnya pada 9 Oktober 2023, Gotliv merujuk kepada peluru berpandu nuklear dalam rangkaian senjata kepunyaan Israel.
Baca Juga:
- Mia Khalifa ‘Dipecat’ Oleh Majalah Playboy Kerana Sokong Palestin
- Mufti Perlis Minta Rakyat Malaysia Hati-Hati Dengan ‘Penunggang Palestin’
“Misil Jericho! Peluru Berpandu Jericho! Amaran strategik sebelum mempertimbangkan penempatan tentera. Senjata hari kiamat! Ini adalah pendapat saya. Semoga tuhan melindungi semua kekuatan kita,” katanya.
Israel makin menggila!.
Seorang anggota Knesset, Tally Gotliv dari parti sayap kanan Likud, menyeru kerajaan negara haram Israel untuk menggunakan senjata nuklear terhadap Gaza.
(1/2) pic.twitter.com/HDXgkyzsu3
— TV Pertiwi (@TVPertiwi_MY) October 11, 2023
Dalam catatan lain dia berkata, “Saya menggesa anda untuk keluar habis-habisan dan menggunakan senjata Hari Kiamat tanpa rasa takut terhadap musuh kita.”
Dia menambah, “Israel mesti menggunakan segala-galanya dalam senjatanya.”
Beliau menyambung, “Hanya satu letupan yang menggegarkan Timur Tengah akan memulihkan maruah, kekuatan dan keselamatan negara ini! Sudah tiba masanya untuk mencium akhir dunia. Tembak peluru berpandu berkuasa tanpa had. Tidak meratakan alam sekitar, tapi memusnahkan dan meratakan Gaza. … tanpa belas kasihan! tanpa belas kasihan!”
Pada Sabtu (7 Okt), Hamas melancarkan Operasi Al-Aqsa disertai rakyat Palestin sebagai mesej mempertahankan diri dan menjaga kedaulatan tanah air, selain membalas penindasan serta keganasan yang dilakukan rejim Zionis sejak hampir satu abad.
Pegawai Perhubungan Antarabangsa Hamas, Khaled Qadoumi berkata, rakyat Palestin ketika ini berdepan penindasan oleh pentadbiran Israel sayap kanan (ekstrem) yang dipercayai melanggar pelbagai undang-undang antarabangsa, seperti dipetik laporan Sinar Harian.