Tular video bekas pelakon filem dewasa Mia Khalifa bertengkar dengan seorang mak cik yang didakwa berasal dari Israel. Difahamkan, kejadian itu berlaku di Lapangan Terbang Miami, Amerika Syarikat.
Dalam video yang tular itu, Mia merakam detik tiba-tiba dia didatangi seorang mak cik yang mendakwa dirinya warga Israel. Kelihatan mak cik tersebut bersama anak remajanya.
Baca Juga:
- Mia Khalifa ‘Dipecat’ Oleh Majalah Playboy Kerana Sokong Palestin
- Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti, Ajar Bahayanya Filem Dewasa
Mia merakam dirinya bertengkar dengan mak cik tersebut dengan Mia dilihat kurang gemar dengan gelagat wanita Israel itu yang berulang kali menyebut frasa ‘Am Yisrael Chai’.
Frasa ini dalam bahasa Ibrani bermaksud, ‘Hidup bangsa Israel’. Kelihatan juga mak cik tersebut kemudiannya menghampirinya dan menunjukkan kepada Mia sebuah tin yang tertulis huruf Ibrani.
Mia yang rimas dengan kehadiran wanita Israel itu lantas menyuruhnya pergi. Mia juga berkata bahawa nafas wanita Israel itu sangat busuk.
“Pergi dari saya. Mulut awak berbau. Ya Tuhan, awak bau falafel tiruan,” kata Mia.
Untuk pengetahuan anda, falafel merupakan makanan ruji yang biasa dimakan oleh masyarakat Timur Tengah. Makanan ini diperbuat daripada kacang dan dicampur dengan rempah ratus.
Sementara itu, dipetik dari laporan media Israel Jerusalem Post, kejadian ini berlaku pada Januari 2024. Laporan itu juga menulis bahawa Mia telah bertanya kepada wanita itu mengapa dia mendekatinya.
Siaran ini telah dimuat naik oleh Mia pada akaun X. Dalam muat naik itu, Mia menulis bahawa Zionis seperti mak cik itu seolah-olah hilang akal dan menyerangnya secara lisan.
Mia Khalifa, seorang pelakon filem dewasa secara terbuka menyokong kemerdekaan Palestin dan mengutuk pencerobohan tentera Israel.
Melalui akaun peribadinya di platform X, Mia secara terbuka menyokong Palestin. Malah, beliau menyokong rakyat Palestin untuk bangkit dan merdeka daripada Israel.
Tindakan ini telah menyebabkan beliau hilang kerja dan dipecat daripada majalah Playboy.