Pada ketika ini, siarang langsung untuk sesi persidangan Dewan Rakyat boleh ditonton dengan mudah menerusi beberapa platform seperti di YouTube.

Namun, masih terdapat segelintir beberapa ahli parlimen yang turut membuat live di media sosial mereka sewaktu persidangan berlangsung.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Warga Rakyat

Menerusi laporan terkini, difahamkan Yang Di-Pertua YB Tan Sri Dato’ Johari memutuskan yang mana ahli parlimen tidak lagi dibenarkan melakukan sebarang penstriman siarang langsung ketika sesi persidangan.

Terdapat beberapa sebab larangan ini dibuat, termasuk terdapat ahli parlimen yang tidak mengikut peraturan dengan perlu mengarahkan ucapan kepada pengerusi dan bukannya kepada peranti yang sedang melakukan siaran.

Malah, terdapat juga ahli parlimen yang mengambil masa lama untuk tetapkan peranti sekaligus menganggu beberapa urusan. Perkara ini turut ditekankan yang mana sesi persidangan telah pun disiarkan secara langsung.

Oleh itu, mana-mana ahli parlimen yang ingin berkongsi kepada pengikut atau menerusi saluran sosial mereka, bolehlah melakukannya selepas sesi persidangan Dewan Rakyat selesai.

Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen antaranya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA- Muar) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) sering membuat siaran langsung di platform media sosial menggunakan beberapa buah peranti.