Pengurusan jenazah merupakan fardu kifayah yang menuntut ketenangan dan ketelitian ahli keluarga demi memuliakan jasad si mati buat kali terakhir.

Seorang pengguna Threads yang merupakan seorang ahli pengurusan jenazah tampil kongsikan empat kesilapan yang sering terjadi semasa berlakunya kematian.

1. Waris tidak tahu masjid/tempat pengurusan jenazah

Sebagai seorang muslim, benda pertama sekali apabila berpindah ke tempat baharu, carila masjid atau surau. Di situlah tempat kita boleh dapat info-info penting yang bukan sahaja berkaitan masjid malah fasiliti, nombor telefon jawatankuasa masjid atau kemudahan awam yang telah disediakan. Jangan sampai waktu kecemasan tidak tahu hubungi siapa.

2. Waris lelaki/perempuan segan/takut menguruskan jenazah

Ada di kalangan orang ramai amat takut untuk menguruskan jenazah atas faktor takut ada apa apa terjadi pada diri sendiri ataupun tidak tau apa yang perlu dilakukan. Jangan risau, AJK masjid sedia membantu daripada ‘A to Z’.

Jangan mendiamkan diri di satu sudut sambil memandang jenazah. Jenazah tersebut adalah orang yang dulunya menjaga kamu. Balaslah budinya untuk kali terakhir menguruskanmya ke rumah baharu.

3. Waris lelaki belajarlah cara untuk solatkan jenazah

Tidak salah orang lain imamkan, tetapi rugi buat kamu sebagai anak/ahli keluarga tidak balas jasa baik jenazah.

Saya tolong ajar cara ringkas. Solat jenazah ada 4 kali takbir. Tidak ada rukuk, sujud.

Pertama sekali niat. Kemudian Takbir Pertama baca surah Al-Fatihah. Takbir Kedua baca selawat ke atas Nabi S.A.W.

Takbir Ketiga baca baca doa ringkas “Allahumaghfirlahu warhamhu wa’afihi wa’fu anhu”. Takbir Keempat baca “Allahumma la tahrimna ajrahu wa la taftinna ba’dahu”. Kemudian beri salam.

4. Tidak mahu sambut jenazah dalam liang lahad

Apabila jenazah nak diturunkan ke liang lahad, sambutla ‘dia’ buat kali terakhir dalam liang tersebut. Jangan kisahkan pakaian kotor kene tanah atau takut orang penggali marah, sebab tiada siapa akan marah.

Menurut beliau lagi, penglibatan ahli keluarga semasa pengurusan sangat dialu-alukan kerana ia merupakan peluang terakhir untuk ahli keluarga berbakti kepada jenazah.