Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang terkenal dalam industri hiburan telah membuat bayaran tambahan sebanyak RM4 juta bagi cukai yang tertunggak.
Memetik Harian Metro, bayaran tersebut adalah tambahan kepada kompaun sebanyak RM8 juta yang telah dikenakan ke atasnya.
Baca Juga:
- Ismail Sabri Cuti Sakit Sehingga 12 Mac Menurut SPRM
- ‘Datuk’ Ditahan SPRM, Terlibat Rasuah Dan Tuntutan Palsu RM2.6 Juta
- ‘Tiga Selebriti Cuma Dapat Bayaran Duta, Tak Terlibat Aktiviti Syarikat’ – SPRM
Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa lelaki tersebut telah membayar keseluruhan jumlah sebanyak RM12 juta berkaitan siasatan kes pengelakan cukai.
Pada 24 Julai 2023, ahli perniagaan tersebut juga disiasat dalam satu kes lain yang dikaitkan dengan aktiviti pengubahan wang haram, rasuah serta penyeludupan barangan terlarang.
Pihak berkuasa turut merampas wang tunai dianggarkan berjumlah RM38 juta, 200 kilogram (kg) emas bernilai sekitar RM60 juta, serta 17 kereta mewah termasuk model daripada jenama Maserati, Ferrari dan Mercedes-Benz.
Azam turut menyatakan ahli perniagaan itu tidak akan disiasat di bawah kes lain selain pengelakan cukai.
Terdahulu, Azam menjelaskan bahawa SPRM sentiasa bersikap terbuka dalam menjawab sebarang pertanyaan berkaitan perkembangan terkini sesuatu kes, dan menegaskan bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk menggugurkan atau mengklasifikasikan kes sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).