Baru-baru ini tular rakaman CCTV menunjukkan sekumpulan penyamun pecah masuk sambil parkir Myvi dalam rumah mangsa.
Kemudian tuan rumah sekeluarga bersama-sama menghalang cubaan samun tersebut.
Baca Juga:
- Kena ‘Bahan’ Dengan Cucu, PM Tetap Setia Sokong Manchester United
- Abang Santau Adik Sendiri Sebab Tak Puas Hati Tak Bagi Cucu Untuk Mak
- Dakwa Cucu Takut Dengar Bunyi Siren, Nenek Ditahan Selepas Ugut Anggota JPJ
Menurut salah seorang ahli keluarga, dikenali sebagai Tay, mereka berbuat sedemikian kerana ada bayi di dalam rumah pada ketika itu, petik Harian Metro.
Polis memburu dua lelaki yang disyaki merompak sebuah rumah dengan bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Sri Treh, Bakri, di sini, petang kelmarin.
berita penuh: https://t.co/ZdFE0PA7Aj pic.twitter.com/qPVuDtAHXs
— Berita Harian (@bharianmy) December 19, 2024
“Kami lawan mereka (penyamun) kerana bimbang bayi dalam rumah menjadi mangsa,” kata ahli keluarga mangsa samun di Taman Sri Treh, di sini, Selasa lalu.
“Apabila tiba di rumah, kami lihat penyamun sudah berada di dalam lalu cuba melawan kerana bimbang bayi diapa-apakan.
“Pada masa sama, suami dan anak lelaki bertindak menghalang kenderaan yang digunakan ketika kedua-dua penyamun mahu melarikan diri,” kata Tay.
Menurutnya lagi, suaminya parah di kedua-dua tangan kerana terkena parang. Dia kemudianya dibawa ke hospital bersama anak lelaki.
Sementara itu, pihak polis sedang memburu dua lelaki terbabit. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan menggunakan senjata.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Seventhi Panner di talian 011-1625 1909.
“Mereka juga boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9526001 bagi membantu siasatan polis,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.