Seorang juruterbang berpangkat ‘Datuk’ yang mendaratkan helikopternya di Padang Ipoh untuk mengambil beberapa paket nasi ganja tahun lepas telah didakwa di Mahkamah Majistret di sini kerana gagal mematuhi laluan penerbangan.
Datuk Mohamed Raffe K. Chekku, yang juga pengarah syarikat, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Jesseca Daimis pada Isnin, hari ini.
Mengikut kertas pertuduhan, Raffe telah mendaratkan helikopternya di lokasi antara 9.50 pagi dan 10 pagi pada 23 Julai.
@501awani Ambil 36 bungkus ‘nasi ganja’ dengan helikopter #TikTokNews #FYP #AWANInews
Dia didakwa mengikut Peraturan 77(2) Peraturan Penerbangan Komersial 2016 kerana gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di bawah arahan Penerbangan Awam untuk mendaratkan helikopter Bell 505 di lokasi selain aerodrom seperti yang dinyatakan dalam pelan penerbangan.
Tertuduh berdepan denda RM50,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Raffe yang diwakili oleh sepasukan peguam dengan peguam utamanya Datuk Baljit Singh Sidhu meminta ikat jamin ditetapkan sebanyak RM5,000, dengan menyatakan anak guamnya telah bekerjasama dengan siasatan polis. Tambahnya lagi, anak guamnya mempunyai empat anak dan seorang isteri.
Timbalan Pendakwa Raya Jean Sharmila Jesudason memohon jaminan ditetapkan antara RM5,000 dan RM10,000.
Manakala Majistret Jesseca menetapkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 29 Jun ini untuk sebutan kes. Tertuduh telah pun membayar ikat jamin tersebut.
Pada tahun lalu, tular satu video sebuah helikopter berwarna merah telah mendarat di Padang Ipoh untuk mengambil pesanan 36 bungkus Nasi Ganja yang ditempah oleh pelanggan dari Kuala Lumpur.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) kemudian melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.
Siasatan awal mendapati helikopter itu berlepas pada 9.08 pagi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang menuju ke Ipoh dan kembali ke Subang pada 11.02 pagi hari yang sama.
Rentatan isu itu, tular hantaran WhatsApp mendakwa Tengku Zafrul merupakan orang yang menempah Nasi Ganja tersebut sehingga beliau perlu jelaskan perkara sebenar.
Didakwa Beli ‘Nasi Ganja’ Guna Helikopter, Tengku Zafrul Geli Hati Dan Jelaskan Perkara Sebenar
Tidak Guna Jalan Darat, Pembeli Hantar Helikopter Ambil 36 Bungkus ‘Nasi Ganja’ Di Ipoh