Mohd Sany Hamzan, ahli parlimen Pakatan Harapan yang berjaya memenangi kerusi Hulu Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu menyuarakan rasa marah beliau dengan sikap beberapa parti lawan yang membawa imej agama Islam tetapi menggunakan fitnah sebagai senjata untuk memenangi PRU15 yang lalu.

Beliau yang bertanding enam penjuru di kerusi Hulu Langat menyuarakan rasa isi hati beliau pada sidang DUN Negeri Selangor yang berlangsung semalam. Dalam kenyataan beliau, Sany memberitahu bahawa mereka yang memenangi pilihan raya yang lalu, menang disebabkan fitnah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

“Yang menang pilihan raya ini, menang sebab fitnah. Fitnah ini, bukan malam, siang hari fitnah ni. Kata kita Pakatan Harapan, komunis, kita nak gubal pelembagaan, kita anti raja, kita anti melayu, kita anti islam.

“Ni Selangor ni, 15 tahun pakatan harapan perintah, ada raja, ada melayu, ada masjid, ada tazkirah, ada usrah, ada, ada, ada, ada, ada, ada. Semua ada!” Katanya.

“Kali ini memang saya marah betul lah, yang menang ni macam mana, yang menang disebabkan fitnah, islam melarang amalan fitnah ni. Bila kena ke orang, dia ada ayat dia. bila Kena ke dia, semua haram, semua halal.

“Saya nak minta parti ni kalau boleh diharamkan lah dalam Malaysia ni. Sebab bawa rosak, dia penunggang, dia penjual, dia pengkhianat, kepada agama Islam dalam negara kita ini,” katanya.

Klip yang dimuat naik di laman Twitter itu tular dengan kebanyakkan netizen bersetuju dengan pandangan beliau.

Sejak PRU15 tamat, episod politik negara kian parah apabila segelintir remaja menggunakan aplikasi media sosial untuk membawa dakyah jahat yang berniat untuk melagakan antara kaum. Manakala segelintir pengguna maya pula sengaja membangkitkan sejarah 13 Mei untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia.

Untuk rekod, Mohd Sany Hamzan yang mewakili PH dari parti Amanah berjaya menewaskan lawannya dengan majoriti 14,896. Beliau menewaskan Datuk Dr. Mohd. Radzi Abd. Latif (PN), Datuk Johan Abd. Aziz (BN), Markiman Kobiran (GTA), Datuk Abdul Rahman Jaafar (Warisan) dan Dr. Mohamed Mustafa (Bebas).