Konsert Aina Abdul, A Night With Aina Abdul baru baru ini telah menimbulkan banyak polemik dan dilabel sebagai tempat mempromosikan LGBT kepada umum.

Ini selepas ramai peminat dari kalangan kaum lelaki dilihat menggayakan pakaian yang dianggap seperti wanita.

Baca Juga:

Nama Aina Abdul tidak boleh lari daripada fesyen yang pelik dan berani selain daripada dikenali dengan kualiti vokal nyanyian beliau yang hebat.

Namun begitu, ada ramai pihak kurang senang dengan tema konsert Aina Abdul yang dianggap telah mempromosikan kumpulan songsang di Malaysia.

@era.je

Unik dik!! Bukan biasa-biasa eh gaya peminat @ainaabdul 😍 inspirasi daripada lagu-lagu Aina tau style diorang ni. Nantikan full video style-style peminat Aina ni dari ERA nanti kay. #sharERA #ANightWithAinaAbdul3 #fyp

♬ original sound – ERA – ERA

Namun Aina Abdul mempertahankan hak peminat lelaki beliau itu untuk memilih cara mereka berfesyen. Sambil menafikan sama sekali bahawa konsert Aina Abdul tempat mempromosikan LGBT kepada masyarakat.

Dipetik dari Xtra, Aina Abdul berkata: “Saya amat gementar untuk jawab iisu ini. Pertama sekali saya bukan pakar dalam bidang ini. Saya tahu, sekiranya kita kaji, isu ini berkaitan dengan agama, jantina dan pelbagai isu kontroversi.”

“Apa yang boleh saya katakan, saya tidak mempromosikan LGBT. Dan tak pernah keluar pun dari mulut saya, menyatakan saya sokong golongan itu.”

“Itu hak mereka untuk berpakaian seperti itu, ada yang biasa, ada yang extravaganza. Itu tanda mereka sokong saya. Saya tak rasa mereka nak bagi aura megatif. Saya melihat perkara tersebut [cara berfesyen] dari sudut positif.”

Beliau kemudian menegaskan, selagi lagi gaya mereka tidak mengancam keselamatan mana mana pihak, dia tak akan masuk campur dengan identiti pilihan masing masing.

Aina Abdul menyatakan bahawa perkara tersebut di luar kawalannya.

“Bagi saya, ini adalah identiti masing masing, terpulang kepada bagaimana mereka nak menggambarkan diri masing masing, dan ia di luar kawalan saya,” tegas penyanyi itu lagi.

“Selagi pemakaian segelintir peminat itu tidak mencetuskan keganasan atau mengancam nyawa seseorang, maka saya tak akan masuk campur untuk menghalang mereka.”

Akhir sekali Aina Abdul menegaskan bahawa dia sayang semua peminatnya tidak kira lelaki atau perempuan dan yang lain lain. Kerana mereka telah banyak menyokong dan membeli produknya serta datang ke konsertnya.

@xtra_my

Yang penting Aina sayangg semua fans dia ❤️ #xtra #xtramy #beritaditiktok #beritaterkini #sembangentertainment #ainaabdul

♬ original sound – XTRA – XTRA