Seperti yang ramai sedia maklum, semalam Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Hajah Nancy Shukri memaklumkan Pulau Langkawi akan mula dibuka kepada pelancong dari seluruh negara kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) bermula 16 September ini.

Berita tersebut nyata disambut baik oleh orang ramai di mana terdapat netizen yang sudah tidak sabar untuk menempah tiket untuk melancong ke Pulau Langkawi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bersempena dengan pembukaan gelembung perjalanan, AirAsia baru-baru telah memperkenalkan promosi istimewa buat orang ramai dalam menawarkan tiket penerbangan serendah RM12 sehala ke Langkawi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu sempena pembukaan gelembung perjalanan bermula 16 September ini.

Tawaran terhad ini sudah mulai didapatkan sehingga 19 September di mana para pelanggan berpeluang terbang dengan tiket promosi bermula 16 September sehingga 26 Mac 2022.

Sementara itu, pengguna berpeluang mendapatkan tiket serendah RM24 untuk penerbangan pergi dan pulang dalam tempoh berkenaan. Pihak AirAsia turut menasihatkan agar orang ramai mengikuti SOP yang ditetapkan dalam membendung penularan wabak COVID-19 sewaktu melancong.

Ketahui lebih lanjut mengenai garis panduan yang perlu diketahui pelancong sebelum mulai melancong di Pulau Langkawi.

Langkawi Bakal Dibuka Semula Kepada Pelancong, Ini Garis Panduan Yang Perlu Anda Ketahui

Pemuda Ini Dakwa Lamborghini Terlibat Kemalangan Hanya Kereta Sewa?