Sejak AirAsia X menghentikan penerbangan ke Eropah pada tahun 2012, para traveler atau mereka yang sudah lama berhajat untuk ke Eropah seolah menanti bilakah tarikh rasmi AirAsia X bakal kembali terbang.

Pada bulan ini, Tan Sri Rafidah Aziz selaku bekas menteri dan yang kini menyandang jawatan sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif AirAsia X mengatakan AirAsia X masih lagi menantikan waktu yang sesuai untuk kembali terbang ke Paris dan London.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
pengerusi bebas bukan eksekutif AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz. Sumber: prestigeonline

Difahamkan langkah untuk yang dibuat AirAsia pada tahun 2012 dibuat setelah syarikat ini gagal memperoleh keuntungan seperti yang diharapkan melalui laluan ke Eropah.

Berdasarkan beberapa laporan, kemungkinan besar AirAsia bakal memilih London, Manchester atau Dublin sebagai laluan mereka apabila pengumuman untuk kembali ke Eropah dibuat.

Sumber: imoney

Buat anda yang berhasrat untuk ke Eropah, mungkin anda boleh menabung sempena menantikan tiket promosi yang ditawarkan AirAsia sempena hari penjualan kelak.

Sumber