Terkini, Bali sedang berdepan dengan situasi banjir teruk yang disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh lebih sedekad. Hujan lebat yang berterusan selama beberapa hari telah menyebabkan beberapa sungai melimpah, mengakibatkan banjir besar dan tanah runtuh di beberapa kawasan di pulau itu.

Kebetulan seorang influencer dari Malaysia iaitu Aisar Khalid berada di Indonesia, dia dilaporkan turut serta dalam usaha membantu mangsa banjir di kawasan itu.

Di dalam video beberapa video yang tular, Aisar dilihat dikerumuni ramai mangsa banjir semasa turun menyalurkan bantuan.

Suasana pada awalnya sangat baik. Sebuah lori pikap yang membawa bantuan pakaian dikerumuni oleh anak-anak yang teruja. Namun, situasi bertukar tegang apabila Aisar Khaled diminta untuk beredar oleh seorang lelaki tempatan.

Lelaki itu menegur Aisar kerana aktiviti memberi bantuan telah menyebabkan kesesakan lalu lintas, yang menghalang kerja-kerja pembersihan dan pergerakan trak sampah. Lelaki itu juga menuduh Aisar hanya mahu mencari perhatian dan populariti.

“Pergi kamu. Jangan kamu masuk di sini. Orang sedang membuat pembersihan. Alihkan kenderaan,” katanya dengan kasar.

Aisar Khaled, seorang pencipta kandungan dari Malaysia, tidak membantah dan hanya meminta maaf lalu meninggalkan lokasi tersebut. Insiden ini tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai.

“Siap, maaf ya bang. Terima kasih bang,” responnya.

@krs18.id

aisar Khalid di usir saat beri bantuan untuk warga Bali #aisardiusir #aisarkhaled #diusirwarga #fypシ #fyp

♬ suara asli – Krs18 – Krs18

@funnyflicks050

Astagfirullahaladziim… Memang gak bersyukur bapak-bapak ini Sabar ya bg aisar, 😭😭 berbiat baikpun ternyata banyak banget rintangannya#aisarsultanmalaysia #aisarkhaledd #trending #fyp #trending

♬ Tangisan Di Ujung Doa – 𝙇𝙖𝙬𝙖𝙨 𝙣 𝘼𝙣𝙮𝙖𝙧

Meskipun berhadapan dengan kata-kata negatif dari segelintir individu, Aisar menerima sokongan dan kata-kata semangat daripada anak-anak di Bali. Mereka meminta Aisar untuk tidak mengambil peduli kritikan tersebut dan teruskan usaha murninya.