Ajai mendedahkan bahawa adalah mustahil untuk dia berkongsi pentas dengan Nourul Depp lagi kerana masing masing sudah tidak serasi.

Keserasian yang dimaksudkan Ajai adalah keserasian di atas pentas dengan Nourul Depp untuk membuat persembahan. Memandangkan kedua duanya sudah lama tidak menyanyi bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kedua dua penyanyi tersebut pernah menjadi pasangan duet fenomena satu ketika dahulu dan merupakan bekas pasangan suami isteri.

Antara lagu mereka yang popular adalah ‘Serasi’. Namun kini peminat tidak akan berpeluang mendengarkan kedua dua penyanyi itu mendendangkan lagu ‘Serasi’ lagi kerana kedua duanya sudah tidak ada keserasian lagi.

Ajai menjawab persoalan tentang konsert By Ajai and Mega Friends, di mana tiada nama Nourul Deep atau Nourul Wahab dalam senarai untuk membuat persembahan bersamanya.

Sebaliknya artis yang berada dalam senarai adalah seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hazam, Aina Abdul dan Aufa Hanie.

Bercakap kepada Mstar Online, Ajai berkata: “Hubungan kami baik tiada masalah. Cuma komunikasi tu semakin berkurangan apatah lagi anak kami pun dah dewasa.”

Ajai menegaskan bahawa dia sudah tidak ada sebarang perasaan lagi untuk berduet dengan Nourul dan tidak mahu memaksanya.

Ajai malah merancang untuk merakamkan semula lagu lagu yang dia nyanyikan dengan Nourul satu ketika dahulu bersama penyanyi wanita lain seperti Elly Mazlein.

Seterusnya untuk koleksi hits ciptaan beliau, nama seperti Aina Abdul dan Aufa Hanie berada dalam senarai Ajai untuk membawa lagu seperti Saat Hilang Cintamu nyanyian Allahyarham Siti Sarah.

Konsert By Ajai And Mega Friends akan berlangsung pada 3 Ogos 2024 di MegaStar Arena Kuala Lumpur. Tiket sudah mulai dijual dari harga RM197 sehingga RM777.