Dr Akmal sebelum ini dikritik ramai pihak kerana kelantangannya mengajak orang ramai memboikot KK Mart jika tuntutan daripada mereka tidak dipenuhi.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah. Penahanan itu dibuat pada pagi ini.

Baca Juga:

Dr Akmal mengesahkan perkara itu menerusi status yang dimuatnaik di facebook. Dan beliau menyatakan bahawa dia ditahan di Kita Kinabalu sedangkan dia dijadualkan untuk memberi keterangan di Ibu pejabat Polis Dang Wangi (IPD) esok.

Dr. Akmal sudah menyatakan bahawa dia akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis namun tidak akan berubah pendiriannya tentang isu boikot KK Mart.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu menulis: “Saya telah ditahan di IPD Kota Kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan utk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi. InsyAllah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya.”

Dr. Muhammad Akmal yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin menerima banyak kritikan berikutan pandangan tegas beliau berkaitan dengan isu stoking kalimah Allah yang dijual di KK Mart sebelum ini.

Dr Akmal meminta KK Mart membuat kain rentang di kesemua 881 cawangannya, yang menyatakan permohonan maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini kerana penjualan stoking kalimah Allah itu.

Beliau memberikan masa selama 2 hari kepada KK Mart untuk berbuat demikian atau dia akan meneruskan usaha mengajak orang memboikot KK Mart.

Dr Akmal sudah menyatakan bahawa dia tidak kisah jika ada pihak termasuk Siti Kassim mahu memboikot kliniknya, kerana pendiriannya masih sama tentang KK Mart.

Ketika ditahan, Dr Akmal sempat menyatakan: “Tak gentar, tak mengalah.”

KK Mart sebelum ini sudah membuat permohonan maaf terbuka menerusi satu sidang media khas. Dan menyatakan bahawa mereka tidak tahu bahawa ada stoking kalimah Allah dijual di dalam premis mereka.

KK Mart segera mengeluarkannya apabila mendapat tahu perkara itu yang ditularkan di media sosial.

Kemudian KK Mart menyatakan mereka akan menyaman syarikat yang menjual stoking itu di premis mereka – memandangkan baran itu adalah consignment dan telah memberikan kerosakan kepada KK Mart.

Pemilik rangkaian kedai serbaneka itu turut meminta supaya pengguna tidak memboikot perniagaan berkenaan.