Pelawak terkena Ajak dan Shahrol Shiro akhirnya berdamai dan menamatkan segala sengketa di antara mereka. Sebelum ini kedua duanya terlibat dalam perang di media sosial.
Kedua duanya kemudian tidak bertegur sapa untuk tempoh yang lama. Namun akhirnya Ajak dan Shahrol sedar bahawa tanpa satu sama lain, nama mereka tak akan wujud dalam industri hiburan seperti hari ini.
Dan kini Ajak dan Shahrol Shiro sudah memutuskan untuk berdamai dan melupakan segala perselisihan faham itu. Mereka malah membayangkan bahawa Shiro sedia untuk kembali.
Ajak menulis di IG miliknya: “Tak ada kau, tak ada aku. Kita pegang ayat tu sheikh. Yang berlaku biar berlalu, kita dah tua Sheikh. Nak comeback pun malu. Tapi kalau kau ON aku Action.
“Kita SHIRO,” tulis Ajak di Instagramnya.
Shahrol juga turut memuat naik gambar mereka di Instagramnya. Dengan kapsyen: “Jika kuku panjang, buang kuku bukan jarinya. Jika ada masalah buang ego bukan silaturrahimnya”
“Dialog tersebut bukan sekadar lafaz didalam sketsa MLM tetapi dieksekusi secara realiti.
“Satu malam yang panjang mengimbau begitu banyak kenangan bersama yang tidak mungkin dilupakan selamanya.
“Doakan awak terus maju jaya Ajak Shiro. Karya itu kasi jadik,” tulisnya.
Peminat rata rata gembira akhirnya dua sahabat tersebut memilih jalan damai. Dan mendoakan agar Shiro akan kembali mengecapi kejayaan seperti sebelum ini.
Salah seorang peminat menyatakan bahawa, kedua duanya jelas sudah semakin matang. Sementara yang lain pula akui mereka merindui lawak Shiro yang dahulu.