Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat orang ramai semakin aktif berkongsi ilmu yang bermanfaat menerusi media sosial. Perkongsian ilmu secara percuma ini secara tidak langsung dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai dalam mengaplikasikan ilmu tersebut.
Situasi yang sama turut dilakukan oleh wanita ini menerusi akaun TikTok @nadmasrom di mana beliau selaku kaunselor laktasi bertauliah aktif mengajarkan ilmu mengenai susu ibu kepada para pengguna pada platform tersebut.
@nadmasrom NUMOM LIGHT HANDSFREE @numommalaysiatv #nadbreastfeedinginfo #breastfeedingcounselor #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #teamsusuibu
Dalam pada itu, niat baik beliau mengajarkan ilmu mengenai susu ibu ini telah menjadi ‘diserang’ oleh segelintir individu tidak bertanggungjawab yang melucahkan isu penyusuan.
Bukan itu sahaja, beliau dilihat masih lagi ‘dibuli’ oleh golongan tidak bertanggungjawab ini meskipun sudah menutup aurat dengan baik tanpa mendedahkan tubuh badan.
Hanya untuk educate ibu-ibu cara guna pam, saya dikatakan tak malu. Ada juga yang minta nak 'tengok'.
Melucahkan penyusuan is not cool bro. Semua nak dilucahkan. Kesian kat mak korang. Lupa ke kita semua disusukan oleh mak kita dulu? pic.twitter.com/WME0IEUJHR
— nadmasrom (@nadmasrom) September 6, 2021
Perkongsian beliau mengenai isu yang berlaku turut dikongsikan di Twitter di mana para netizen turut berang dengan kumpulan ini. Berikut merupakan respon netizen mengenai isu yang berlaku.
https://twitter.com/asyraafsyahmi_/status/1435120267748052992
https://twitter.com/shahirarossa/status/1435090345256108036
https://twitter.com/_syuariani/status/1435088545970987012
Sehubungan dengan itu, adalah dinasihatkan untuk orang ramai selaku pengguna media sosial untuk tidak mengeluarkan komen berbaur lucah khususnya kepada mereka yang mahu menyampaikan ilmu meskipun tidak dikenali.
Komen-komen negatif ini sekaligus membuatkan orang ramai cenderung untuk tidak berkongsi kerana khuatir bakal menjadi mangsa serangan golongan tidak bertanggungjawab ini.
Tular pada minggu ini apabila penjara yang didakwa mempunyai kawalan paling ketat ini berjaya diloloskan oleh enam warga Palestin.
Wanita Ini Lukis Stesen KTM Guna Microsoft Excel, Hasilnya Buat Netizen Tergamam