Individu yang dikenali sebagai ‘Akak Baju Merah’ tampil mempertahankan dirinya selepas dikecam susulan kontroversi layanan terhadap sebuah keluarga yang mempunyai anak autisme di sebuah restoran di The Curve.

Menerusi satu kenyataan panjang di media sosial, wanita berkenaan memaklumkan pihaknya sudah membuat tangkap layar terhadap hantaran dan komen warganet untuk dijadikan rujukan pihak berkuasa.

Dia turut memberi amaran bahawa pihak peguam syarikat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa menyebarkan fitnah sehingga menjatuhkan maruah dirinya, syarikat dan restoran terbabit.

Menurut penjelasannya, syarikat mereka telah menempah keseluruhan restoran Macha & Co, The Curve bagi penganjuran majlis tertutup sempena sambutan Deepavali pada 14 November lalu.

Tempahan itu melibatkan 53 orang tetamu dengan bayaran penuh dibuat lebih awal.

Majlis dijadualkan berlangsung dari jam 7 malam hingga 10 malam.

Bagaimanapun, sebuah keluarga yang dikenali sebagai Adam Autism Family hadir sekitar jam 6.15 petang dan meminta untuk menjamu selera kerana anak mereka kelaparan.

Wanita itu mendakwa dia tidak pernah menghalau keluarga berkenaan, malah membenarkan mereka makan di restoran selagi selesai sebelum majlis bermula pada jam 7 malam.

Malah, dia turut menafikan dakwaan bahawa dirinya meminta keluarga tersebut duduk di bawah tangga.

Dituduh Tiada Empati, Akak Baju Merah Nekad Saman Keluarga Adam Autisme Kerana 'Spin' Cerita Sebenar

Dia mendakwa video yang mencetuskan kecaman telah dirakam tanpa pengetahuannya dan disunting menggunakan beberapa potongan pendek sehingga tidak menggambarkan kronologi sebenar kejadian.

Dituduh Tiada Empati, Akak Baju Merah Nekad Saman Keluarga Adam Autisme Kerana 'Spin' Cerita Sebenar

Dalam masa sama, dia mempersoalkan tindakan warganet yang turut mengaitkan isu solat dengan kejadian tersebut, sedangkan majlis hanya bermula pada jam 7 malam.

Dia turut meminta orang ramai berhenti membuat tuduhan dan menunggu rakaman penuh CCTV restoran bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kejadian sebenar.

Dalam pada itu akak baju merah turut menerima banyak kecaman yang berbaur body shaming

Dan suami kepada akak baju merah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan tindakan saman ke atas keluarga Adam kerana memutar belit cerita.

Dituduh Tiada Empati, Akak Baju Merah Nekad Saman Keluarga Adam Autisme Kerana 'Spin' Cerita Sebenar